FITNAH DATO' DR. ARIF PERKASA MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN KEPADA PENA MINANG

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan bahawa fitnah yang dilemparkan oleh Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin kepada pengurusan Pena Minang / Pena Minang Return yang mengaitkan kami dengan ULAMA MUDA UMNO merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.

Untuk makluman tuan/puan, kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ULAMA MUDA UMNO. Maka tuduhan yang dilemparkan oleh Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin keatas kami hanyalah satu tindakan terdesak beliau dari menjawab isu perjumpaan 4 jam beliau dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia baru-baru ini.

Untuk makluman tambahan kepada Dato' Arif Perkasa Dr. Asri Zainul Abidin dan rakan-rakan yang lain, Pena Minang telah mula bertapak dalam dunia maya pada bulan September 2008 sebelum di musnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada bulan Mei 2012. Sedangkan kumpulan Ulama Muda hanya menyertai UMNO pada tahun 2010. Dan kami mengesahkan tidak ada sebarang ULAMA' yang menjadi barisan penulis dalam Pasukan Pena Minang. 

Adalah diharapkan pihak Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dapat menarik balik perkaitan kami dengan ULAMA MUDA UMNO.

Kami hanya bloggers. Jauh sekali nak jadi Ulama'.

"1Malaysia Tolak Fitnah"

Yang benar

Admin Pena Minang Return

==================================================================


Post a Comment

4 Comments

  1. lama tak dgr khabar Pena Minang.....harap2 lepas ni LEBIH BERSEMANGAT utk DEDAH Syiah2 di Malaysia ni sampai TELANJANG...tak lupa juga golongan Wahhabi...teruskan usaha

    utk tanggapan Dr. Maza pada team admin...iyalah, gaya penulisan seperti golongan agamawan & "seperti" menyokong pula kerajaan sedia ada.....tapi kalau dah dianggap sebegitu oleh Dr. Maza....saya ucapkan TAHNIAH

    ReplyDelete
  2. Kalau lepas ni, nak adakan hubungan dengan Ulama Muda UMNO pun apa salahnya. Bukankah kalau berkawan dengan saudagar minyak wangi, kalau dia tak bagi free sebotol pun, sekurangnya dicalitkan sikit kat lengan baju, wangi juga kita jadinya.

    ReplyDelete
  3. mungkin Pena Minang lebih Ulama dari Ulama Muda Umno..depa dah mula 'seram sejuk' lah tu..Tahniah..dan terus bongkar 'Jenayah Aqidah' dalam negara kita yg berselindung disebalik 'Parti Islam'.Jika parti 'parti kerosakan race' berganding dgn kristian dan komunis..'parti agama semasa'..bersekongkol dgn syiah dan wahabi..sesuai ler mereka seolah2 'beristeri 3'

    ReplyDelete
  4. Lebelling adalah kemahiran dia... kesumatnya pada yg tak turut untuk dijadi bukit bagi busut... Terangnya hanya silauan lampu picit .. Platformnya didada meninggi... Kepada Allah kita serahkan.. ulama dahulu pun dah mengingatkan setiap zaman dan musim,akan terternak kelip kelip yg nak jadi bintang...Sejarah akan menghukum seperti...yg tercatat dalam sejarah antara Bintang dan asap.. Ingatan berubah lah..hentikan melayan nafsu jadi org besar...akibatnya terzahir selera besar..hingga dibuka periuk orang pulak..

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.