ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 31 December 2012

USTAZ FATHUL BARI KENA TITIK DI KEDAH!!!


Oleh : AJ

Ustaz Fathul Bari dari CEO iLMUAN MALAYSIA memberikan respon kepada soalan yang dimanakah wujudnya KAFIR MENGKAFIR dalam amanat Hadi Awang 1981. Sedangkan yang diperkata dan dibangkitkan oleh Hadi Awang dalam AMANATNYA ialah :

a) BN / UMNO MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH

b) Mengekalkan PERATURAN KAFIR

c) Mengekalkan PERATURAN JAHILIAH.

Baik. Sekarang marilah kita sama-sama mendengar pula IKRAR PAKATAN RAKYAT pada KONVENSYEN KALI KE 3 yang berlansung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, pada 14 Januari 2012 yang lalu. Untuk makluman majlis ini turut dihadiri oleh Mursyidul AM PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Hadi Awang.


Maka berdasarkan IRAR ini AJ mengajak para pembaca yang budiman sekalian berfikir sejenak, adakah amanatnya ini sudah termakan kepada dirinya sendiri dan ahli PAS umumnya??? Jika UMNO ditentang oleh PAS kerana atas dasar UMNO yang dikatakan MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, maka persoalan yang sama perlu dilontarkan kepada mereka antaranya ialah ;

a) Berdasarkan video yang dirakamkan, Pakatan Rakyat BERJANJI akan MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Adakah amanat ini terpakai kepada kelompok PAKATAN PEMBANGKANG termasuk PAS sendiri ekoran PAS merupakan KOMPONEN dalam PAKATAN PEMBANGKANG??? Jika tidak kenapa? Dan jika hanya untuk UMNO mengapa? Adakah PAS merasakan diri mereka lebih maksum dari orang lain?

b) Sejauh manakah usaha PAS yang berada dalam PAKATAN PEMBANGKANG di negeri KELANTAN, KEDAH, PULAU PINANG, dan SELANGOR untuk mengubah sistem undang-undang KAFIR kepada undang-undang ISLAM. Kenapa hampir 4 tahun (kecuali Kelantan) Pakatan dan PAS masih tidak menjalankan usaha yang drastik merangka undang-undang ISLAMIK. Adakah ini juga membolehkan PAS di KELANTAN, KEDAH, PULAU PINANG dan SELANGOR dianggap kafir?

c) Adakah PAS dalam PAKATAN telah berjaya mengubah peraturan-peraturan kecil dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pakatan kepada nilai-nilai yang lebin ISLAMIK berdasarkan Al-Quran dan hadis. Jika YA, mana buktinya. Dan jika Tidak mengapa?

Jika diteliti ternyata Amanat Hadi Awang adalah amanat yang telah memakan dirinya sendiri dan PAS secara amnya. PAS kini dalam kehancuran hasil tangan-tangan pemimpinya yang ego, perasan maksum dan gemar mengkafirkan orang ISLAM yang lain.

==================================================================

BUKTI HADI AWANG TIDAK KONSISTEN DALAM SETIAP PERKATAANYA.

Read more ...

Sunday, 30 December 2012

PENGHARGAAN ARAB SAUDI BUAT PAK LAH.

Oleh : AJ

Assalamualaikum.

Kami seluruh warga kerja Pena Minang / Pena Minang Return ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah keatas mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah dipilih menerima Hadiah Antarabangsa Raja Faisal (King Faisal International Price) Arab Saudi bagi ANUGERAH PERKHIDMATAN KEPADA ISLAM.

Semoga penganugerahan dari Kerajaan Arab Saudi ini dapat dijadikan satu motivasi kepada kita rakyat Malaysia untuk terus memperkukuhkan ukhwah, Aqidah, Akhlak, Ekonomi, demi Agama, Bangsa dan Negara.

P/S : Walaupun maklumat ni dah lama, tetapi tak salah untuk diingati semula. Dan untuk perhatian puak-puak yang pernah mengkafirkan umat UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan ahli UMNO.



Sumber : 

http://www.kff.com/EN01/KFIP/KFIPWinners1432H2011G.html
http://www.kff.com/EN01/KFIP/1432H2011G/KFIPWinners1STI1432H2011G.html

=================================================================

Read more ...

Saturday, 29 December 2012

PAKAR PERUBATAN DUNIA PASTI KAGUM DENGAN ANWAR IBRAHIM



Oleh : AJ

Kesian kat Anwar...Dia tu ada sakit tulang belakang gara-gara kena Arsenik 10 tahun yang dulu. Lepas tu korang suruh Anwar menari!!! Memang korang tak ada hati perut.

Tapi aku kagum dengan Anwar, kerana DEMI RAKYAT, dia menari untuk memuaskan hati rakyat!!! Kepada organizer tolonglah jangan seksa Anwar!!! Dia sakit belakang kena Arsenik!!! Apa pun Anwar memang seorang pesakit yang ajaib. Kena Arsenik dalam dos yang tinggi, tapi masih boleh berjalan. Sakit tulang belakang yang kritikal, tetapi masih boleh menari. Ternyata tidak ada seorangpun manusia dalam dunia ini mempunyai antibodi yang kuat lagi gagah. Memang benarlah kata Ustaz 3 Pagi Kuantan, Dr. Badrol Amin yang menabalkan beliau sebagai 'IMAM MAHDI'.

Dan jangan sangka 'Sakit Belakang Kritikal' yang Anwar hadapi sahaja mengejutkan pakar-pakar perubatan, sekali lagi Anwar menunjukkan 'Miracle' nya menjadi manusia pertama di dunia yang tidak mendapat kesan-kesan sampingan daripada 'Racun Arsenik' yang beliau dakwa diletakkan dalam bekas minumanya. Inilah Anwar Ibrahim...The Most Miracle Man in Malaysia Back and Front.


 
 

Berikut merupakan kesan-kesan jangkitan kepada mereka yang terdedah dengan Arsenik



Sumber :


http://www.independent.co.uk/news/world/anwars-trial-is-halted-by-arsenic-claim-1117774.html

http://www.glapn.org/sodomylaws/world/malaysia/mynews002.htm


http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/443447.stm


http://www.keadilandaily.com/fitnah-ii-pakar-tulang-rawat-anwar-jadi-saksi/


http://www.lehigh.edu/~inaks/arsenic_india.html
Read more ...

HADI AWANG KANTOI LAGI!!!

Oleh : AJ

Nampaknya PRESIDEN PAS ni sedang proses menjilat segala ludah dan kahak yang pernah dia ludahkan pada orang lain. Dalam Bab Hudud dia dah kantoi.... Dalam Bab Syiah dia dah kantoi.... Terbaru dalam bab MEDIA MASSA pun dia TERKANTOI SEKALI LAGI!!!
Adakah ini takdir ALLAH kepada kelompok yang mengaibkan pemerintah??? Wallahu'alam. Apa pun dosa orang yang terfitnah ni memang tak ada hijab hatta dia bukan orang ISLAM.

Sumber : 

http://selangor.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=188&Itemid=1

http://siasahdaily.blogspot.com/2008/05/kelantan-sokong-boikot-utusan-malaysia.html

=======================================================

EDISI HADI AWANG KANTOI!!!





Read more ...

PAS WILL DEFEND HADI'S MESSAGE UNTIL THEIR DEATH



By : Blue Bear

Hadi's message still remain as a hot topic even though the intentionally 'goes missing' with hopes that it will be forgotten.



However, we believe that he is well aware that not saying anything would not let him away from being responsible for all the negative impacts the message had given to rakyat.

Efforts from the media, especially Utusan Malaysia to expose the stories where through the message, relationships were broken when supporters start calling their own family members as kafir. It is because this message is not a small matter which can easily be solved. 



Besides, this is the matter of 'debt' where Hadi Awang owe those who were involved, with an apology at least.

Especially when Nik Aziz urged Hadi to defend his message and to never take it back unlike what was Ulama told him to do.

In other words, Nik Aziz is asking Hadi to confirm the fact that UMNO members are kafir and those who held on to the message are right, and that Hadi does not need to apologize to anyone.

It is weird when Nik Aziz claim that we are afraid to face Hadi. How can we face him if he is not around? We are tired of calling him. 

Whatever it is, we need to think positively. We know that such 'Grand Ulama' like Hadi is never a coward. Perhaps he has no time to respond to the media. We should understand the attitude of of celebrity-Ulama like Hadi himself.

Hadi however, would need to answer all the questions which has been going around. It might not be that hard for him to explain things considering Nik Aziz had already given the 'tips' to the answer when he said 'Yes, to PAS, UMNO is kafir.

Thus, if Hadi want to keep quiet, it is clear that PAS still defend its 1981 Message which turns all UMNO members to kafir, until the end of time. This is what PAS members would have to bear as long as the party is led by people like Hadi Awang and Nik Aziz. 

==========================================================

Hadi Awang Flip Flop statement over Syiah Issue (Proof that PAS not consistent at all)


 
 
 
 

Read more ...

MASUK PAS BERMAKNA MASUK ISLAM???

Oleh : AJ

Nampaknya setelah lama membisu, Presiden PAS akhirnya menjawab isu yang dia sendiri bangkitkan mengenai PAS. Bagus....Nampaknya dia dah ada 'suara'. Tapi sayang, dia masih 'bisu' dengan isu amanat yang beliau ucapkan pada tahun 1981.....



Takpe lah, dia nak jawab atau dia nak bisu dalam bab amanat sonsang dia tu, dia punya pasal. Cuma hari ni AJ nak sentuh sikit pasal kenyataan baru beliau yang dikatakan dirakamkan di QATAR...(Amboiii jauh benorrr tempat rakamannya.)

Hadi Awang mengatakan bahawa PAS terima semua firqah tak kira SYIAH atau KHAWARIJ kerana ISLAM juga menerima sesiapa sahaja untuk peluk agama ISLAM. Benar ISLAM menerima sesiapa sahaja untuk memeluk agama ISLAM. Namun dalam masa yang sama ISLAM turut membeza-bezakan tahap keimanan seseorang itu. Sebab itu adanya munafiq, khawarij, fasiq, kufur dan lain-lain lagi. Masuk ISLAM tak bermakna ianya orang itu beriman. Namun orang yang beriman sudah pastilah dia seorang Muslim.

Perihal kenyataan HADI AWANG yang menyatakan bahawa PAS terima masuk sesiapa sahaja termasuk UMNO, mungkin Hadi Awang terlupa dengan sejarah membuktikan PAS lah yang masuk kedalam UMNO pasca 13 MEI 1969 dan akhirnya PAS dikeluarkan oleh Tun Hussien Onn disebabkan sikap PAS yang tidak mahu duduk semeja, ego dan merasa diri lebih mulia daripada orang lain pada tahun 1978. (Rujuk ucapan Presiden UMNO Tun Hussien Onn.)

Terlalu banyak sandiwara yang diungkapkan dalam kenyataan Hadi Awang. Disini AJ nak timbulkan beberapa persoalan untuk difikirkan bersama ;

a) PAS tu sempurna sangatkah? ISLAM sempurna....

b) PAS tu adakah satu agama? Sedangkan ISLAM agama....

c) ISLAM suruh taat dan bersabar kepada pemerintah hatta yang merampas harta benda dan memukul punggung....PAS macam mana? 

d) Kalau PAS kata mereka ikut ISLAM, kenapa tak ikut perintah ALLAH dan RASULNYA agar bersatu sesama muslim?

e) Jika PAS katakan mereka dah berjaya mentarbiahkan ahlinya, AJ nak tanya kenapa PAS masih gagal menjelaskan prinsip perjuangan PAS kepada TIMBALAN PRESIDEN PAS, MAT SABU yang dengan terang menyatakan beliau menyertai PAS kerana prinsip DEMOKRASI bukannya kerana PAS itu PARTI ISLAM???

f) Jika PAS mengatakan mereka serius membenteras SYIAH, kenapa ADUN KUBANG ROTAN dan MAT SABU terpilih menjadi pimpinan PAS sama ada diperingkat ADUN mahupun Pimpinan PUSAT???

g) Nabi jadi pemimpin atas kaedah demokrasi ke? Sedangkan kesemua ahli parlimen PAS dan ADUN PAS mendapatkan kekuasaan dengan jalan demokrasi...

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh kita (Rakyat Malaysia) fikirkan mengenai FLIP FLOP PAS ni. Dalam BAB SYIAH misalanya, pada tahun 2008, HADI AWANG dengan TEGAS menolak SYIAH untuk menyertai PAS. Tetapi pada tahun 2012, lain pula pegangannya. Apa SYIAH tahun 1998 Kafirkan sahabat dan SYIAH tahun 2012 tak kafirkan sahabat???

Pelik-pelik!!!

Selama ni AJ selalu berhadapan dengan persoalan, sejauh mana dakwah UMNO kepada rakyat Malaysia. Baik, ingin AJ cakapkan disini, UMNO tak ada ulama yang banyak macam PAS. Hatta Ulama Muda UMNO pun baru tertubuh pada tahun 2010 (Maza tolong take alert kalau nak kaitkan PENA MINANG  (wujud pada September 2008) dengan ULAMA MUDA UMNO). Sedangkan ULAMA PAS dah lama wujud, siap ada Dewan Ulama lagi.

Berdasarkan hujjah ahlul PAS yang selalu mempersoalkan 'pembaziran tahun' yang mana mereka selalu mempersoalkan usaha kerajaan dalam mentarbiahkan rakyat di Malaysia. Maka hari ni AJ nak persoal semula, apa yang kalian buat untuk mentarbiahkan ahli kalian dalam PAS. Sebab ternyata apa yang kalian rekayasakan tak sama dengan bukti yang AJ & Team kumpulkan....
 
 

Sila rujuk :

http://mohamadsabu.com/joomla16/index.php/tulisan/21-ucapan-dan-pembentangan-kertas-kerja-hj-mohamad-sabu-di-german

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=124681147660303&set=a.124680847660333.18900.100003552557921&type=3

http://www.malaysiakini.com/news/204683

http://penaminangreturn.blogspot.com/2012/08/syiah-semakin-mendapat-tempat-dalam.html

http://mohdnasir.blogdrive.com/archive/252.html

http://www.malaysiakini.com/news/166723

http://nikabduh.com/2008/06/18/anasir-syiah-dalam-pas-2/

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=18462%3Ahari-krismas-mat-sabu-harap-semua-pihak-hormat-menghormati&catid=1%3Autama&Itemid=50



===================================================================

JEMPUTAN KE MAJLIS ILMU


Bismillah, pihak Al-Madinah International University (MEDIU) sekali lagi menjemput seorang tokoh dakwah sunnah dari Indonesia untuk program berikut :

Penceramah : Ustaz Abu Ihsan
Tajuk : Perihal Azab Kubur Mengikut al-Quran dan as-Sunnah
Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam (selepas Isyak)
Tempat : Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Penafian : Pena Minang / Pena Minang Return tidak terlibat dalam penganjuran majlis ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi panitia ilmusalaf dot com. Harap maklum.


Read more ...

Friday, 28 December 2012

HADI AWANG KANTOI MAIN...


Oleh : AJ

Main apa yang korang fikir haa??? Aku citer bab Main Wayang!!!! Tak ada kaitan dengan permainan dam aji ataupun congkak!!!! Aku nak bagi tahu korang yang Hadi Awang dah kantoi main wayang pasal Syiah. Sebelum korang teruskan pembacaan, aku nasihatkan korang dengar ucapan Hadi Awang dalam video kat atas. Dah dengar??? Baik, sekarang meh kita tengok apa pula kenyataan yang beliau dalam Harakah bertarikh 22 Rabiul Akhir 1417 Hijrah.


Amacam?? Contradic habis kan??? Dulu cakap lain. Hari ni cakap lain? Kenapa jadi camtu? Mudah sahaja..... Sebab diorang ni semua Spesis Kaki Pusing, Kaki Temberang, Kaki Auta. Korang ingat tak amanat Haji Hadi pada 7 April 1981 yang menyatakan PAS menentang UMNO kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang penjajah....Tak percaya??? Ni audio ucapan Hadi Awang di Banggol Paradong, Manir;


Amacam??? Hebat bukan amanat beliau. Nampak sungguh dia tak suka dengan perlembagaan negara kita yang pada hematnya berlandaskan undang-undang penjajah. Tapi peliklah pula, pada tahun ini 2012, perlembagaan yang ditentang beliau sejak tahun 1981 ini pulak nak dipertahankan oleh PAS. Tak percaya?? Video ada kat bawah ni


Pelikkan??? Hari tu bukan main bersemangat, kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Sekarang kaedah yang digunapakai oleh UMNO, mereka sendiri pakai untuk bekerjasama dengan DAP....cuma bila wartawan tanya sikit, mereka tukar nama, letak perkataan arab : Tahaluf Siyasi. 

Kemudian khabar dekat seantero negara kononnya nak buat negara ISLAM, sebab pemimpin UMNO tak faham ISLAM. Lepas tu bila kena ketuk dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang, mencirit tukar ke negara berkebajikan. Lagi menarik Hadi Awang siap mengaku bahawa Negara Islam tak ada dalam Al-Quran. Bertambah tambah pelik lagi bilamana ADUN PAS dari PERAK merangkap MANTAN MENTERI BESAR PERAK sendiri, NIZAR boleh kata NEGARA ISLAM tak ada dalam transkrip PAS....Tak percaya?? Video ada kat bawah;


Lepas tu bawak isu Hudud. Nik Aziz (MB Kelantan) dan macai-macai pakatan siap tuduh kerajaan pusat era Mahathir halang Hudud di Kelantan. Tapi sekarang dah zaman Najib Razak, tak ada pun cerita nak laksanakan hudud. Sampai Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad tegur kerajaan negeri kerana melambat-lambatkan perlaksanaan hukum yang telah diluluskan di dewan undangan negeri kelantan berpuluh tahun yang lalu.




Diorang bukan main hebat lagi tuduh UMNO tak mahu laksanakan hudud...tapi apa pemimpin mereka sendiri cakap macam mana pulak??? Baik Ketua dalam PAKATAN PEMBANGKANG, ANWAR IBRAHIM hatta HADI AWANG, masing-masing berdolak dalih nak laksanakan Hudud. Lagi menarik, nak buat hudud kena mintak kebenaran DAP. DAP tu siapa??? SULTAN ke???? Tapi benda ni bukanlah fokus utama yang aku nak sentuh. Fokus utama aku sekarang untuk membuktikan demi KUASA dan DEMI PUTRAJAYA, PAS bukan sahaja sanggup mengadaikan prinsip perjuangan, malah mengadaikan AQIDAH. 

Syiah ni bukan ahli sunnah. Syiah ni agama baru terbitan Abdullah Bin Saba', Yahudi yang berpura-pura masuk ISLAM untuk melemahkan Islam dari dalam. Bermula dengan melemparkan fitnah terhadap Umar sehingga terbunuh Khalifah Umar Al-Khattab, Abdullah bin Saba' mencipta agama baru dinamakan SYIAH lalu disandarkan kepada Kekhalifahan Ali R.A. Sedangkan Ali R.A berlepas diri daripada kumpulan ini.

Modus operandi SYIAH mudah. Melemahkan ISLAM dengan mula mengkafirkan sumber-sumber ISLAM itu sediri. Syiah mengkafirkan kesemua sahabat Nabi kecuali beberapa orang sahabat nabi antaranya Ali R.A. Malah Syiah memanggil LAKNATULLAH setiap kali nama Abu Bakr, Umar dan Usman disebutkan dihadapan mereka. Hatta Aisyah R.A, isteri nabi, zuriat sahabat nabi yang paling rapat, Abu Bakr, dituduh sebagai pelacur!!!

Kalau kesemua SUMBER UTAMA ini dikafirkan Syiah, jadi aku nak tanya, sumber mana lagi kita nak ambil perkataan ALLAH dan Rasulnya? Ulama Syiah??? 

Benda ni aku nak bawak korang berfikir. Jika kumpulan ini mudah mengkafirkan Abu Bakr, Umar dan Usman serta mencerca isteri nabi ini boleh dipelawa dan diterima masuk bersama-sama dalam PAS, dimana sikap agresif PAS yang selama ini terkenal dengan menentang sesiapa sahaja yang menghina Nabi S.A.W???
 
 
 
 

Mahathir yang salah cakap (Disebabkan dia tak faham agama) boleh diherdik, dihentam, dibantai di dada-dada akhbar dan blog pro pembangkang, kenapa dengan kumpulan yang dah terang-terang AKTIF mengkafirkan sahabat ini masih boleh diterima sebagai KAWAN KARIB????

Ternyata PAS lebih mengutamakan KEPENTINGAN KUASA dari mempertahankan kesucian dan kehormatan agama. PAS hanyalah parti yang mempergunakan nama ISLAM demi mileage politik mereka. Sebab itulah kita lihat dalam isu kenyataan Nurul Izzah yang menyokong Pluralisme dalam beragama. Dewan Ulama PAS diam dan membisu....Tak berani bersuara


Inilah sikap PAS. Mudah menghukum orang lain yang tak sehaluan dengannya. Tetapi dalam masa yang sama bila mereka sendiri terkantoi, diam...senyap....bisu. Jangan kata nak mengaku salah, mintak maaf pun tak mahu. Ego, perasan bagus, perasan maksum....

Sebelum aku menghabiskan leteranku....dibawah ini ku sertakan dengan link-link video yang berkaitan dengan SYIAH. Banyak lagi video di ruangan youtube. Ini sekadar yang mampu aku cari dan linkkan ke dalam blog ini.


Keratan akhbar ini diperolehi hasil dari kajian yang dilaksanakan oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS) dengan kerjasama Pena Minang Return, Institut Kajian Pemikiran Khawarij (iMPAK MALAYSIA) & Abu Aqif Studio.
Read more ...
© 2008-2016 Pena Minang Institute