1 MALAYSIA TOLAK FITNAH @ GOMBAK

Oleh : RPM

Gombak menjadi lokasi pertama berlansungnya program Dialog Rakyat 1Malaysia Tolak Fitnah. Program yang dianjurkan oleh iLMUAN MALAYSIA dengan kerjasama UMNO Selangor ini memfokuskan kepada usaha dakwah kepada semua ahli UMNO khasnya dan masyarakat awam khasnya tetang kepentingan menolak budaya fitnah memfitnah.


Majlis perasmian siri jelajah 1Malaysia Tolak Fitnah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.A.B Dato' Seri Noh Omar, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO negeri Selangor. Majlis ini turut dihadiri mantan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Zaleha Ismail.


Dengan mengetengahkan barisan assatizah yang mempunyai latar belakang agama, iLMU telah membawa satu dimensi yang baru dalam dakwah kepada ahli-ahli serta penyokong Barisan Nasional.


"Kita bukan membawa konsep benci-membenci, sebaliknya kita bawak konsep sayang menyayang, nasihat menasihati sesama muslim" kata Ustaz Fathul Bari CEO iLMU sejurus tamat program berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah barisan assatizah iLMUAN MALAYSIA iaitu Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman (Pengerusi iLMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya (Pengarah Operasi iLMU), Ustaz Fazrin (Ketua Biro Nasihat iLMU) dan Ustaz Reza.


Antara topik-topik yang disentuh pada majlis berkenaan ialah isu kafir mengkafir, amanat Haji Hadi, Syiah dan Khawarij, Hudud, dan lain-lain lagi. Pada majlis berkenaan juga, iLMUAN MALAYSIA telah bergandingan tangan dengan Dato' Seri Noh Omar dalam menjawab persoalan yang ditanyakan oleh penyoal.


"Kita akan menjawab, kerana kita berada di pihak yang benar" katanya Noh Omar dalam ucapan perasmian majlis 1Malaysia Tolak Fitnah.

Tambah beliau lagi, UMNO dan iLMU akan menjelajahi seluruh parlimen dan dewan undangan negeri di dalam Selangor agar dapat memberikan maklumat yang sebenar dan bebas dari sebarang dakyah-dakyah pakatan pembangkang.


P/S : Ustaz Fathul Bari menyatakan hanya 2 individu sahaja yang boleh menawarkan syurga dan neraka yang mana yag pertama ialah Rasulullah S.A.W, diikuti oleh Dajjal. Lebih menarik Ustaz Fathul menyatakan bahawa beliau akhirnya mengetahui bahawa ada individu yang lain yang dapat 'menentukan' syurga dan neraka bagi kaum muslimin iaitu Al-Fadhil Azhar Idrus.

Post a Comment

0 Comments