ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU : KEBANGKITAN BARU BANGSAMORO [BAHAGIAN KELIMA]


Oleh : Al-Haj Murad Ebrahim
Pengerusi, Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Camp Darapanan Sultan Kudarat Maguindanao, Bangsamoro.

7.1 KONSEP ISLAMISASI YANG DIPERKENAL MILF DI MINDANAO

MILF percaya bahawa aktiviti Islamisasi adalah satu-satunya cara untuk membolehkan kepimpinannya menyampaikan agama Islam (din) kepada seluruh masyarakat Filipina secara umum, Mindanao dan kepulauan berhampiran, secara khususnya. Hanya dengan semangat perjuangan di jalan Allah (jihad) yang sebenar, kejayaan Islamisasi Bangsamoro dapat direalisasikan.

MILF menggariskan 5 fasa di dalam kerja dakwah – berdasarkan metodologi dakwah yang ada. Fasa pertama, adalah untuk memberikan fokus kepada setiap individu Muslim sebagai asas penting kepada sebuah masyarakat. Fasa kedua adalah usaha membangun keluarga Muslim yang berpegang kepada gaya hidup Islam yang sebenar. 

Keluarga adalah organisas penting dalam menentukan destini sebuah masayarakat. Dalam erti kata lain, “…keluarga adalah binaan utama kepada struktur sosial manusia di mana kejayaan dan efisiensi sususan sosial akan banyak bergantung kepada kestabilan, suasana harmoni di dalam rumah tangga (Muhammad, 1994). Kestabilan dan keharmonian setiap ahli di dalam keluarga, akan turut memastikan sumbangannya kepada organisasi sosial yang lebih besar.

Fasa ketiga adalah untuk melakukan perubahan kepada ‘masyarakat’ – menjadikannya masyarakat ‘Islam’ sebenar dalam semua aspek. Persekitaran mempunyai peranan dalam membina dan membentuk kerangka minda individu. Tidak akan ada jalan lain untuk perubahan yang efektif di dalam masyarakat kecuali melalui gerakan dakwah yang intensif dan menyeluruh, yang dilakukan oleh dai’ Bangsamoro sendiri. 

Oleh yang demikian, nyata, untuk melakukan islah di dalam masayarakat, adalah salah satu usaha asas yang dicadangkan untuk kebangkitan masyarakat Islam. Fasa keempat, adalah membebaskan tanahair Bangsamoro daripada pemerintahan colonial. 

Situasi semasa, Kerajaan Filipina mengawal sistem sosial, politik, ekonomi dan pendidikan di Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Fasa terakhir – adalah penubuhan kerajaan Bangsamoro di tanah airnya sendiri. Inilah objektif utama program dakwah seperti yang dimaksudkan tadi. Cita-cita dan aspirasi ini bukan mudah untuk direalisasikan. Ia memerlukan daya juang berpanjangan, yang memerlukan komitmen spiritual dan fizikal Bangsamoro seluruhnya.

7.2 MEKANISME ISLAMISASI MILF

MILF memberikan penekanan kepada beberapa kaedah dan mekanisme Islamisasi: pendidikan, penerbitan dan komunikasi, ketenteraan dan diplomasi. Kaedah pendidikan MILF membawa makna usaha mendidik masyarakat Bangsamoro dengan pemahaman Islam yang sebenar yang dilaksanakan melalui sistem madrasah (Stark, 2003). Bermula pertengahan 1970-an, kaedah Islamisasi melalui pendidikan telah dilaksanakan melalui penubuhan sekolah agama di seluruh Mindanao (Gutierrez, 1977b).

Awal 1980-an, program ini diperkemaskan lagi oleh kalangan graduan, Ustaz dan Ulama’, yang baru sahaja menghabiskan pengajian Islam di negara Timur Tengah. Kebanyakan mereka secara sukarela terlibat di dalam usaha Islamisasi melalui bidang pendidikan. Ketika ini, terdapat hampir lebih 200 madaris (jama’ kepada madrasah) yang sedang beroperasi di Mindanao dan kepulauan sekitarnya, samada di bawah pemantauan langsung atau kerjasama erat bersama Jawatankuasa Pendidikan MILF. Selain daripada pendidikan rasmi, MILF turut terlibat di dalam usaha pendidikan ‘informal’, seperti simposium, seminar dan persidangan. 

Golongan sasarnya adalah setiap rakyat Bangsamoro, ahli MILF atau penyokong, ahli perniagaan, golongan profesional, pelajar, wanita dan sektor belia. Program khas disediakan untuk golongan bukan-Islam, khususnya kelompok orang asli dan ‘orang tanah tinggi’ (highlanders) di Mindanao dan kepulauan sekitarnya. MILF turut menggunakan penerbitan dan komunikasi sebagai kaedah memperkembang syiar Islam di kalangan Bangsamoro. 

Namun, dek kerana kekurangan prasarana, kesan baiknya kepada Bangsamoro adalah kurang daripada kaedah lain usaha Islamisasi. Jawatankuasa MILF Mengenai Informasi pada ketika ini menerbitkan makalah bulanan dipanggil ‘Maradika’ dan juga laman web rasmi (luwaran.com) yang memaparkan aktiviti hariannya. Melalui platform ini, MILF berupaya untuk menerbitkan bahan berkaitan program sosial, politik dan ekonomi di seluruh dunia. MILF juga menggunakan kaedah ketenteraan di dalam program Islamisasi. Ia menyediakan kalangan daei’ MILF persekitaran yang efektif untuk aktiviti Islamisasi. Walaupun ianya sangat kontroversi dan menimbulkan perbalahan, ianya masih lagi penting dan efektif untuk usaha Islamisasi di persekitaran sosial Mindanao. 

Usaha ini tidak memaksa masyarakat untuk memeluk Islam, namun untuk mempertahan hak rakyat Bangsamoro daripada praktis ketidakadilan kerajaan kepada rakyat Bangsamoro. Ianya juga sebagai alat untuk mempertanggungjawabkan disiplin Islam kepada individu Moro yang sukar menerima kaedah Islamisasi yang lebih baik. Diplomasi juga menjadi sebahagian strategi MILF untuk mengekalkan perjuangan menentang Kerajaan Filipina. Diplomasi memperkukuh kedudukan kepimpinan MILF, sekaligus mendapat sokongan popular organisasi di luar Filipina. 

Kaedah diplomasi MILF yang bersungguh berjaya mengantarabangsakan isu Moro, sekaligus membuka jalan kepada penglibatan negara ketiga, seperti Malaysia dan beberapa buah negara ahli OIC untuk terlibat sama dalam proses damai di Mindanao. Ini membolehkan Front meneruskan usaha perundingan damai bersama Kerajaan Filipina bermula tahun 1997 sehingga ke hari ini. Kedah diplomatik berjaya mengenepikan sama sekali tuduhan pihak kerajaan bahawa ini adalah sebuah gerakan terorisme.

Kerajaan khususnya pentadbiran Arroyo secara berterusan mengaitkan MILF dengan kumpulan militan dan pengganas yang beroperasi di Filipina dan luar Filipina. Keberkesanan kaedah diplomasi adalah nyata dan sangat terbukti. Ianya mampu membantu kepimpinan MILF untuk memperjelas kedudukan MILF kepada pemimpin politik Kristian di Filipina mengenai pendirian dan polisi MILF berkenaan berkenaan penduduk majoriti bukan Islam yang berada di Mindanao. Waima sekarang ini pun, MILF kerap menghantar delegasi ke seluruh Fiilipina, menjayakan dialog terbuka dan diskusi bersama orang bukan Islam, untuk menerangkan mengenai isu berkait dengan perjuangan menentang Kerajaan Filipina.

8. PERUNDINGAN GOVERNMENT OF PHILLIPPINES (GPH) – MILF

MILF bersetuju untuk memasuki arena perundingan damai bersama GPH dengan niat khusus untuk mencari jalan penyelesaian kepada akar masalah di dalam konflik Mindanao, di mana Bangsamoro telah dinafikan hak untuk mendapat pengiktirafan rasmi dan menentukan nasib mereka sendiri (Hashim, 1985). 

Sejurus selepas menandatangani Perjanjian Damai Terakhir (FPA) 1996 di antara GRP (Government of the Republic of the Phillippines) dan Moro National Liberation Front (MNLF), perundingan damai di antara MILF dan GPH di bawah Presiden Ramos bermula pada tahun 1997. MILF berpandangan FPA antara MNLF dan GPH tidak sama sekali menyelesaikan aspirasi rasmi Bangsamoro untuk menentukan nasib mereka sendiri. 

Namun begitu, MILF masih menyokong proses damai GRP-MNLF di peringkat awalnya. Pendirian MILF akhirnya berpindah kepada “tunggu dan lihat”, apabila melihat MNLF terlalu tunduk kepada perjanjian berat sebelah yang hanya memungkinkan ‘integrasi’ Bangsamoro ke dalam arus perdana kerajaan Filipuna (Jubair, 1999).

8.1 Permulaan proses damai

MILF memilih untuk melaksanakan perbincangan damai secara berasingan kerana tidak yakin bahawa Perjanjian Damai Akhir GRP-MNLF 1996 akan menyelesaikan persoalan asas ‘Kedudukan Masyarakat Islam di Selatan Filipina’ (Masalah Bangsamoro) yang menjadi agenda OIC (Organization of Islamic Conference) sejak konflik kontemporari Bangsamoro dan Kerajaan Filipuna sejak 70-an lagi. Justeru, Perundingan Damai GRP-MILF secara rasminya bermula pada 7 Januari 1997, dengan mesyuarat pertamanya diadakan di Pusat Dakwah, Simuay, Sultan Kudarat, Maguindanao.

Perjanjian Umum Pemberhentian Permusuhan GRP – MILF (AGCH) ditandatangani pada 18hb Julai, 1997 di Cagayan de Oro City, Filipina. Inilah perjanjian besar pertama ditandatangani kedua pihak, hanya lebih kurang enam bulan selepas perundingan damai dimulakan secara rasmi. Di atas niat yang lebih besar, adalah menjadi hasrat proses damai ini untuk menyelesaikan masalah lama Bangsamoro dan konflik Mindanao, melalui kaedah yang bertamadun, demokratik dan praktikal di atas meja perundingan. Ianya membuka penyelesaian berpanjangan konflik Mindanao dan Bangsamoro seluruhnya, tanpa melibatkan ketenteraan dan keganasan.

8.2 Kerangka Proses Damai

Keseluruhan proses damai GRP – MILF sudah termaktub dan diperjelaskan di dalam konteks Perjanjian Damai (Agreement on Peace) pada 22 Jun 2001 yang ditandatangani di Tripoli, Libya. Perjanjian ini dianggap sebagai ‘ibu segala perjanjian’, memasukkan tiga komponen utama – aspek Keselamatan, aspek Rehabilitasi dan aspek Domain Sejarah Nenek Moyang.

8.3 Gencatan Senjata – Struktur dan Mekanisme

Gencatan senjata di antara kerajaan dan MILF berdiri teguh di atas empat institusi teras yang utama: 1. Jawatankuasa Penyelaras dan Penamatan Permusuhan (CCCH); 2. Pasukan Pemantau Tempatan (LMTs); 3. “International Monitoring Team” (IMT) dan 4.“Adhoc Joint Action Group” (AHJAG) (Al Haq, 2008). Keempat-empat teras gencatan senjata ini terhasil daripada perjanjian yang dicapai oleh panel perundingan damai GRP dan MILF. 

Kesemua ini diletakkan bawah pengawasan prinsipal masing-masing. Secara amnya, kebimbangan utama badan-badan ini adalah untuk menegakkan perjanjian damai dan mengekang sebarang bentuk pelanggaran dari kedua-dua pihak yang berkemungkinan boleh menjejaskan proses perdamaian dan perbincangan. Secara khususnya, mereka mesti 

1) menghalang situasi konfrontasi antara angkatan tentera GRP dan MILF
2) meredakan ketegangan dan menghalang pertempuran ketenteraan antara GRP dan MILF
3) mengurangkan pertempuran serta permusuhan ketenteraan yang boleh menjadi tidak terkawal; agar perbincangan damai dan keseluruhan proses dapat berjalan lancar dan dengan jayanya.

8.3.1 Jawatankuasa Penyelaras dan Penamatan Permusuhan (CCCH)

CCCH ditubuhkan selari dengan Perlaksanaan Garis Panduan Pentadbiran AGCH yang ditandatangani pada 12 September 1997. Fungsi utamanya adalah untuk memantau dan menyelia perlaksanaan AGCH serta Perlaksanaan Garis Panduan Aspek Keselamaan Perjanjian Damai GRP-MILF 2001. CCCH menjalankan proses pendengaran pencarian fakta, seperti diarahkan, berdasarkan kepada kes-kes dakwaan pelanggaran gencatan senjata. Fungsi lainnya, termasuklah lawatan ke komuniti yang terjejas ekoran konlik, penyertaan dalam inisiatif perdamaian, persidangan dan pembentukan kawasan pilihanraya, serta penubuhan pejabat-pejabat lapangan di kawasan liputan. Komposisi CCCH dan Sekretariat serta kakitangan sokongan telah ditentukan dalam Perlaksanaan Garis Panduan AGCH dengan jumlah perlantikan kakitangan sama rata oleh setiap panel.

8.3.2 Pasukan Pemantau Tempatan

Pasukan Pemantau Tempatan ditubuhkan dikawasan konflik (13 wilayah) sepertimana yang termaktub dalam Perlaksanaan Garis Panduan dan Aspek Keselamatan Perjanjian Damai 2001. Pasukan Pemantau Tempatan juga dibenar menjalankan siasatan bebas ke atas dakwaan pelanggaran gencatan senjata, serta menyerahkan laporan dan cadangan yang boleh menyumbang kepada pengurangan ketegangan sekaligus mengekang dari berlakunya konflik di kawasan masing-masing. LMT terdiri daripada 5 anggota yang mewakili unit kerajaan, jawatankuasa politik MILF, NGO lantikan MILF, NGO lantikan GRP dan wakil sektor keagamaan yang dipilih secara lantikan bersama kedua-dua pihak.

8.3.3 Kumpulan Tindakan Bersama Adhoc (AHJAG)

AHJAG merupakan mekanisme GRP-MILF untuk mengasing atau melarang operasi dengan elemen-elemen berkaitan jenayah di sekitar kawasan komuniti MILF. Mekanisme ini digunakan pada 2005 dan selari dengan CCCH. Penubuhan AHJAG bertujuan mengelakkan berulangnya lagi insiden pada tahun 2003. Operasi Pasukan Ketenteraan Filipina (AFP) pada Februari 2003 di Buliok, Pagalungan, Maguindanao (bersebelahan pejabat dan Pusat Islam milik Allahyarham Pengerusi MILF, Ameerul Mijahideen) telah menjejaskan proses damai yang seterusnya mencetuskan permusuhan dan peperangan habis-habisan oleh pihak kerajaan pada 11 Februari 2003 terhadap MILF dan Bangsamoro.

8.3.4 Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT)

Pasukan 60 anggota Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT), majoritinya terdiri daripada pegawai atasan pasukan tentera dengan sebahagian lagi merupakan pegawai awam dari Malaysia, Brunei, Libya dan Japan. Perlantikan jemputan daripada GRP dan MILF ini memberi penekanan terhadap keperluan peranan pihak ketiga yang neutral dari kalangan pemantau antarabangsa dalam proses damai GRP-MILF. IMT dilihat sebagai kunci utama merapatkan jurang ketidaksamaan antara pihak kerajaan dan MILF di peringkat berbeza. Malahan, IMT juga berjaya memperbaiki hubungan antara kedua-dua CCCH dan ketua-ketua perintah kedua-dua pihak menerusi inisiatif pembangunan keyakinan.

Harus diingatkan di sini, kehadiran pihak IMT di Mindanao, khususnya di kawasan komuniti yang terjejas dengan konflik, telah menghidupkan kembali harapan serta keyakinan di kalangan rakyat dan ini amat bermakna kepada keseluruhan proses. Lebih-lebih lagi, sesi lawatan rasmi para pegawai politik dan tentera berpangkat tinggi yang dibuat oleh negeri tajaan dan negara-negara lain yang berminat menyertai IMT, telah memberi lonjakan kepada proses damai serta genjatan senjata. Kehadiran IMT pada 10 Oktober 2004, genjatan senjata di medan telah dilindungi dan dipelihara secara rapi.

Tentu sekali, kehadiran IMT di lapangan telah menonjolkan pembabitan komuniti antarabangsa dalam resolusi demokrasi yang aman dalam konflik di Mindanao. IMT telah memperkukuhkan lagi serta memperluaskan peranan di peringkat antarabangsa, dalam aspirasi sah Bangsamoro, menentukan nasib mereka sendiri dibawah undang-undang antarabangsa.

Bersambung di bahagian keenam / Terakhir >

Post a Comment

1 Comments

  1. Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami

    Menjadi Tentara Islam Imam Mahdi
    Berjihad dalam Khilafah Islam demi Tegaknya Kedaulatan Dinul Islam.

    Tinggalkan Semua Kemusyrikan Mari Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    dan Kini Saatnya Meledakkan Api Jihad Akhir Zaman Mari Hadapi Musuh-Musuh Islam

    Kunjungi Undangan kami
    Kehadiran Anda kami tunggu di
    di http://khilafahislam.de.pl

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.