ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU : KEBANGKITAN BARU BANGSAMORO [BAHAGIAN KEENAM / TERAKHIR]


Oleh : Al-Haj Murad Ebrahim
Pengerusi, Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Camp Darapanan Sultan Kudarat Maguindanao, Bangsamoro.

9.0 PERANAN MALAYSIA DI DALAM RUNDINGAN

Penglibatan Malaysia sebagai pihak ketiga di dalam siri rundingan antara GPH dan MILF adalah sebagai fasilitasi. Santos (2005: 23-24) menerangkan peranan Malaysia ini – ‘…Fasilitasi Malaysia, selain daripada sebagai tuan rumah, biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: orang tengah dalam menyampaikan pendirian pihak terlibat; menyedia suasana dan prasarana yang kondusif; menjadi ‘pengadil’ dan juga sebagai ‘saksi’ kepada sebarang komitmen dan persefahaman; membantu menjadi jambatan di antara pihak terlibat; menyimpan dan menyediakan minit – memperinci apa sebenarnya yang pernah dipersetujui’.

Sementara meneruskan peranan sebagai pemudah cara, Malaysia juga memainkan peranan ‘pengantara’. Ianya mungkin tidak secara jelas – kerana Malaysia gemarkan ‘diplomasi senyap’. Ketikamana GRP dan MILF berhadapan dengan situasi ‘buntu’, Malaysia biasanya hadir membentangkan alternatif. Peranan pengantara Malaysia biasanya berkesan di luar mesyuarat dan ketika mana kedua pihak tidak bercakap antara satu sama lain. Peranan Malaysia boleh dilihat melalui kekerapan wakil Malaysia bertandang ke Manila dan Camp Darapanan.

Malaysia sangat kreatif dalam menguruskan perundingan. Apabila Panel GPH tidak mahu menandatangani peraturan mengenai kemanusiaan, rehabilitasi dan aspek pembangunan di dalam Perjanjian Damai GPH-MILF pada 2001, Malaysia menggunakan kaedah lain untuk memecahkan kebuntuan. Apabila kerajaan menyerang pendirian MILF pada 11 Feb 2003, Malaysia menjemput kedua-dua pihak duduk berbincang mengenai jalan hadapan kepada usaha tersebut. 

Pergantungan kepada perbincangan rasmi, dipermudahkan dengan ‘perbincangan tinjauan’ sebagai platform rundingan kepada perkara-perkara lebih substantif seperti domain sejarah nenek moyang. Secara jelas, niatnya adalah untuk memastikan perbincangan rasmi tidak akan tersekat apabila isu-isu yang membawa perbalahan sudah diselesaikan terlebih dahulu. Ianya juga mengenepikan tanggapan bahawa persetujuan tidak akan dapat dicapai kerana terlalu disibukkan dengan isu-isu lain.

Satu lagi peranan penting Malaysia adalah menjadi peneraju dan menyediakan kontinjen terbesar di dalam Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) yang dipertanggungjawabkan untuk memantau gencatan senjata dan pelaksanaan persetujuan lain. Kontinjen lebih kecil datang dari Brunei, Libya, Jepun dan Indonesia. Kehadiran IMT mengurangkan secara signifikan pertemuan ganas di antara Kerajaan dan tentera MILF.

10.0 KERANGKA PERSETUJUAN MENGENAI BANGSAMORO

Termeterainya Kerangka Persetujuan mengenai Bangsamoro di antara MILF dan kerajaan Filipina adalah satu perkembangan baru kepada perjuangan Bangsamoro yang berusia hampir empat dekad. Perjanjian ditandatangani pada 15 Oktober 2012 di Manila, Filipina. Ianya diskasikan oleh Presiden Benigno Aquino III, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi MILF, perwakilan antarabangsa, komander MILF, pemimpin politik dan ahli perniagaan Filipina. Reaksi pencinta keamanan tempatan dan masyarakat antarabangsa sangat positif dan menggembirakan. Ini pastinya memberi harapan baru kepada Bangsamoro untuk merealisasikan impian lama dan panjang untuk memperoleh keamanan dan pembangunan di atas tanahair mereka sendiri.

Kerangka persetujuan tersebut juga membuka jalan hadapan kepada pihak berkaitan untuk sampai ke penyelesaian politik akhir di Mindanao. Secara umumnya, perjanjian ini sudah mencapai tiga kejayaan utama kepada Bangsamoro: 

1) pengembalian semula status Bangsamoro yang diperakui oleh Kerajaan Filipina dan masyarakat antarabangsa; 

2) kejayaan menuntut kembali tanahair nenek moyang dan 

3) penubuhan secara rasmi hak Bangsamoro untuk mentadbir bidang kuasa di bawah status hubungan baru dengan kerajaan pusat. Presiden Aquino sendiri mengumumkan bahawa nama baru bagi Kerajaan Islam di Mindanao adalah – BANGSAMORO. 

Masyarakat Bangsamoro yang diketuai MILF memperoleh semula hak warganegara dan identiti mereka. Setelah lebih 40 tahun berjuang dan hampir 15 tahun perbincangan perjanjian damai melibatkan negara pencinta keamanan, terutamanya Malaysia – yang memainkan peranan sebagai fasilitator semasa proses perbincangan panjang yang memakan masa, sumber manusia, kewangan dan bantuan teknikal negara tersebut sejak 2001. 

Kesemua ini diterajui oleh tidak lain dan tidak bukan, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib, yang secara tegas mengatakan di hadapan Presiden Aquino sewaktu perjanjian ditandatangani – ‘…hanya dengan menandatangani persetjuan di atas kertas ini tidak akan menyelamatkan waima seorang nyawa anak Bangsamoro, oleh yang demikian Kerajaan Malaysia akan tetap bersama Bangsamoro di dalam proses pelaksanaan perjanjian damai ini di tanah air mereka”.

Ianya terwarta dengan jelas di dalam perjanjian tersebut bahawa kedudukan status-quo Bangsamoro tidak boleh diterima. Justeru, Kerajaan Bangsamoro wajar diwujudkan sebagai entiti politik bebas – yang ditadbir berdasarkan Undang-Undang Asasi Bangsamoro sebagai kerajaan yang mempunyai struktur kementeriannya sendiri.

Kerajaan Bangsamoro akan mengekalkan hubungan tidak simetri dengan kerajaan – akan juga mengekalkan kuasa eksklusif dan juga perkongsian kuasa dengan kerajaan pusat. Perincian mengenai kerangka perjanjian ini terdapat di dalam Annexes – yang turut memasukkan perkara seperti perkongsian hasil, kuasa dan normalisasi. 

Kesemua perkara berkait ini diperincikan semasa diskusi panel keamanan MILF dan GPH. Kedua-dua pihak sangat optimistik bahawa kesemua perkara berkait akan dapat diselesaikan sebelum perjanjian persetujuan politik akhir antara MILF dan Kerajaan Filipina dalam bulan-bulan awal tahun 2013 ini. Perjanjian damai ini mempunyai beberapa fasa kerangka masa. Fasa pertama – penubuhan Suruhanjaya Transisi (TC), melibatkan 15 orang, 8 daripada MILF dan 7 mewakili GPH – kesemuanya Bangsamoro. 

TC ini bertanggungjawab untuk mendraf Undang-Undang Asas Bangsamoro dalam tempoh 2 tahun selepas perjanjian ditandatangani. Selepas draf undang-undang asas ini lengkap ianya akan dibentangkan kepada Kongres untuk dipersetujui – kemudiannya dikembalikan kepada seluruh penduduk Bangsamoro untuk proses ratifikasi. Fasa seterusnya adalah Pihak Berkuasa Transisi yang akan menjadi pemudah cara pengwujudan Kerajaan Bangsamoro pada 2016 nanti.

MILF beranggapan kejayaan perjanjian damai ini akan dapat direalisasikan sekiranya Kerajaan Filipina memegang kata dan komitmen mereka. Kepimpinan MILF percaya, Presiden Aquino dapat membuat perubahan bagi merealisasikan keamanan di Mindanao – kerana keikhlasan dan kesungguhan beliau menyelesaikan masalah Bangsamoro. Justeru, tempoh masa pelaksanaan proses keamanan ini secara asasnya disesuaikan dengan tempoh masa pentadbiran Aquino sendiri.

11.0 IMPLIKASI

Di peringkat tempatan, kerangka persetujuan ini menyediakan suasana normal daripada sudut keselamatan di kawasan Bangsamoro. Pada ketika ini, secara relatifnya suasana aman dan tertib. Majoriti orang Mindanao, Islam dan bukan Islam, mewakili sektor yang berbeza menyokong penuh proses perjanjian damai MILF dan GPH ini. Keamanan dan keselamatan awam sangat penting kepada pebangunan ekonomi sementara sektor ekonomi di Mindanao sedang menikmati kesan positif daripada perjanjian ini.

Namun begitu, terdapat peruntukan di dalam perjanjian tersebut yang memerlukan pindaan kepada perlembagaan Filipina bagi memastikan perjanjian politik akhir nanti berkesan dan efektif. Namun isi ini sangat sensitif kepada sebahagian pimpinan politik di Filipina – di mana Presiden Aquino memerlukan iltizam dan kesungguhan politik untuk mengatasinya nanti. Harapan di kalangan Bangsamoro adalah sangat tinggi, pastinyalah ianya mewujudkan kekosongan yang signifikan sekiranya pihak berkait tidak mampu mencapai persetujuan yang praktikal. MILF tidak akan menandatangani sebarang perjanjian yang tidak menyelesaikan legasi ketidakpuasan hati berkurun lama yang dihadapi Bangsamoro. Kesannya pastilah besar.

Dalam konteks serantau, kestabilan politik dan keselamatan Mindanao akan tempias kepada negara tetangga. Demikianlah juga, sekiranya kekacauan berlaku, impak dan kesannya akan sama. Secara ekonomikalnya, sebarang pembangunan ekonomi yang berlaku di tanah air Bangsamoro, ianya akan turut memberi kesan positif kepada negara tetangga. Situasi sama akan turut berlaku dalam aspek keselamatan.

Di peringkat global, kejayaan penyelesaian politik di Mindanao akan meletakkan kemungkinan Bangsamoro terlibat dalam pembangunan global. Syarikat besar dari luar negara sedang menanti untuk membuat pelaburan besar dalam bidang agro-pertanian, hasil bumi, pembangunan infrastruktur – di samping pembinaan pelabuhan strategik di sepanjang jalur perniagaan global di kawasan ini. Isu terorisme yang menjadi kerisauan dan isu besar di kalangan negara Barat dan Amerika akan terurus dengan sendirinya.

Umumnya, perjanjian tersebut memberikan rasa senang hati di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Mereka optimis dan bergantung harap. MILF ingin menjemput aktivis kemanusiaan, di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam, untuk melawat tanahair Bangsamoro untuk melihat peluang untuk membantu masyarakat Bangsamoro. Demikian juga, usahawan antarabangsa juga dialu-alukan untuk datang membuat kajian potensi dan peluang di tanahair Bangsamoro.

Kawasan dan daerah Bangsamoro sangat strategic untuk pembangunan dan pelaburan – berdasarkan kekayaan industri agro-pertanian dan agro-industri selain daripada hasil bumi yang belum diterokai. Kepimpinan MILF akan memastikan jangkaan tinggi masyarakat tempatan dan antarabangsa dapat direalisasikan apabila Kerajaan Bangsamoro diwujudkan nanti.

Kertas kerja ini telah dibentangkan pada Seminar Nusantara : Islam di Asia Tenggara : Cabaran dan Harapan yang berlansung pada 18-20 Januari 2013 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

RUJUKAN

Ahmad, A. (1981a). Class and Colony in Mindanao. In Kristina Gaerlan and Mara.

Ahmad, A. (1981b). The War Against the Muslims. In Kristina Gaerlan and Mara.

Al-Attas, S. M. N. (1969). Preliminary Statement on the General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Al-Haq, V. (2008). CEASEFIRE AND THE PEACE PROCESS: Government of the Republic of the Philippines – Moro Islamic Liberation Front (GRP-MILF). A Paper presented during an International Peace Conference held at Hiroshima University, Japan

Arnold, T. W. (1968). The Preaching of Islam: A History of the Propagations of Muslim Faith. SH. Muhammad Ashraf: Lahore, Pakistan.

CheMan, W. K. (1990). Muslim Separatism: The Moros of Southern Philippines and the Malays of Southern Thailand. Ateneo de Manila University Press, Quezon City, Philippines.

Diaz, P. P. (2003). Understanding the Mindanao Conflict. MindanNews Publications, Davao City, 383.

George, T. J. (1980). Revolt in Mindanao: The Rise of Islam in Philippine Politics. Oxford Univesity Press, Kuala Lumpur.

Gowing, P. G. (1968). Mandate in Moroland: The American Government of Muslim Filipinos. University of Microfilms, Inc., Michigan.

Gutierrez, E. (1997a). Religion and Politics in Muslim Mindanao In Kristina Gaerlan & Mara Stankovitch (ed). Rebels, Warlords and Ulama: A Reader on Muslim Separatism and the War in Southern Philippines. Institute for Popular Democracy, Quezon City, Philippines.

Gutierrez, E. (1997b). The Unfinisheed Jihad: The Moro Islamic Libearation Front and Peace in Mindanao. In Kristina Gaerlan &Mara Stankovitch (ed). Rebels, Warlods and Ulama: A reader on Muslim Separatism and the War in Southern Philippines. Institute for Popular Democracy, Quezon City, Philippines.

Hashim, S. (1985). The Bangsamoro Mujahid: His Objectives and Responsibilities. Bangsamoro Publications, Mindanao.

Isidro, A. (1968). The Moro Problem: An Approach Through Education. University Research Center, Marawi City.

Jubair, S. (1999). Bangsamoro: A Nation Under Endless Tyranny. 3rd. ed. IQ Marin SDN.BHD., Kuala Lumpur, Malaysia.

Kuya, A. R. (2004). Increasing Drug and Social Abuse among Muslim Youth in Malaysia. Media Monitor Network.

Lantong, A. M. (1999). The Moro Islamic Liberation Front: A Contemporary Movement in South of the Philippines. M.A. Thesis, International Islamic University Malaysia.

Majul, C. A. (1966). Political and Historical Notes on the Old Sulu Sultanate. Historical Review 1, Philippine.

Majul, C. A. (1974). The Muslims in the Philippines: An Historical Perspective. In Peter Gowing and Robert D. Mc Amis (ed). The Muslim Filipinos: Their History, Society and Contemporary Problems. Solidaridad Publishing House, Manila.

Majul, C. A. (1985). The Contemporary Muslim Movement in the Philippines. Mizan Press, Berkeley.

Mercado, E. R. (1984). The Birth of MNLF in Culture, Economics and Revolt in Mindanao: The Origins of the MNLF and the Politics of Moro Separatism. In LimJoo- Jock and Vani S. (ed). Armed Separatism in Southeast Asia: Issues in Southeast Asia Security. Institute of Southeast Asia Studies.

Muhammad, A. R. (1994). The Islamic Family: A General View.Unpublished manuscript.

Stark, J. (2003). The History of Muslim Education and Role of the Madrasah. Journal of Muslim Minority Affairs, 23(1), 195-200.

Tan, S. K. (1983). The Muslim Armed Struggle in the Philippines, 1900-1941. USA Integrative and Development Studies, Ph.D. Thesis. University Microfilms International Ann Arbor, Michigan.

wikiislam.net. Muslim Statistics (Alcohol and Drugs). Retrieved on 13 January 2013 from http://wikiislam.net/wiki/Muslim_Statistics_%28Alcohol_and_Drugs%2

Post a Comment

1 Comments

  1. http://bradermansuh.blogspot.com/

    Mohon pautkan blog brader di blog tuan...

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.