ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 17 March 2013

ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU : KEBANGKITAN BARU BANGSAMORO [BAHAGIAN KEDUA]

Oleh : Al-Haj Murad Ebrahim
Pengerusi, Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Camp Darapanan Sultan Kudarat Maguindanao, Bangsamoro.

2.0 CABARAN-CABARAN

Penganutan sebahagian besar penduduk kepada Islam di rantau ini yang pada zaman dulu pengikut sama ada Buddhisme, Hinduisme, kepercayaan mistik atau animisme, membawakan cabaran kepada orang Islam terutama pemimpin-pemimpin agama dan politik mereka. Oleh itu, semacam toleransi yang berupa upacara keagamaan telah diterimapakai pada peringkat awal Islamisasi, kerana kesulitan dalam membezakan kepercayaan-kepercayaan agama yang lampau dengan kepercayaan baru.

Maka konsep sains Tauhid diklasifikasikan kepada tiga (Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asmaa wassifat) ditokok dan digunapakai sebagai suatu penyelesai kepada masalah yang timbul, tetapi malangnya sehingga ke waktu ini, kami masih menghadapi cabaran ini meskipun cabaran itu sudah dikuncupkan. Ketibaan penjajah-penjajah asing ke rantau ini pada abad ke-15 telah memperlahankan perkembangan Islamisasi dan cabaran-cabaran mula dihadapi orang Islam. 


Penjajah-penjajah asing seperti Belanda, British, Sepanyol dan Amerika telah menakluki wilayah orang Islam di Asia Tenggara untuk tujuan pengembangan politik, keagamaan dan ekonomi. Kepulauan Melayu dikenali sebagai kepulauan rempah dan barangan serta produk yang bernilai. Mulai penghujung abad ke-15, gereja dan katedral dibina di banyak lokasi di rantau ini diketuai Katolik dan Protestant. Sistem politik dan pentadbiran tempatan yang pada asasnya kebudayaan tradisional dan Syariah telah digantikan secara beransur-ansur dengan system asing itu. Manakala pelabuhan-pelabuhan utama dikuasai oleh penakluk-penakluk, sehingga rangkaian perdagangan antarabangsa orang Islam lumpuh. Ini mengakibatkan kemerosotan pertumbuhan ekonomi dan segala potensi mereka

Penubuhan institusi-institusi Islam seperti madrasah dan masjid dihadkan, dan interaksi di kalangan pendakwah Islam di rantau dikawal ketat. Dasar dan sistem pentadbiran asing diperkenalkan dan dipaksakan, dan pentadbiran menurut sistem kesultanan pula dibataskan kepada skop yang sempit. Pada hari ini, wilayah orang Islam di Asia Tenggara menghadapi masalah kemiskinan kerana sebahagian besar rakyatnya hidup di bawah paras miskin, kecuali Malaysia dan Brunei. Paparan fakta di atas memberitahu kita bahawa Islam diperkenalkan ke rantau ini oleh pedagang-pedagang Islam yang terkemuka . Nenek-moyang kita banyak mendapat manfaat daripada mereka dalam bentuk strategi perdagangan yang membabitkan jalan perdagangan jarak jauh. Kepakaran ini gagal dipelihara mereka dan disampaikan kepada generasi berikutnya kerana himpitan kuat penjajah asing di rantau ini.

2.1 Cabaran Pasca Penjajah

Apabila penjajah-penjajah Eropah mengizinkan kemerdekaan wilayah orang Islam satu lagi cabaran dihadapi oleh negara-negara yang baru terbentuk itu. Selepas kemerdekaan, oleh kerana kebanyakan penjajah itu mengekalkan campurtangan mereka secara rapi dalam urusan dalaman negara-negara baru tersebut, termasuk sistem politik, pendidikan dan kehakiman. Pada hakikatnya dalam kes-kes tertentu merekalah (para penjajah) yang menjadi ‘pemerintah’ di negara-negara ini dengan menggunakan proses demokratik sebagai alasan. Dengan cara itu pemerintah negara-negara baru itu sudah menjadi sekutu kepada bekas penjajah mereka. Ini mengakibatkan salahfaham yang berlarutan di antara pemerintah dengan rakyat mereka dan menjadi punca ketidakpuasan massa sehingga mencetuskan pula pemberontakan demi pemberontakan termasuk yang bercorak ketenteraan dan radikal. Maka timbullah ketidakstabilan politik, ekonomi dan pendidikan. Contoh yang ketara dapat dilihat menerusi scenario kebangkitan massa di Negara-negara Timur Tengah.

2.2 Cabaran Semasa


Kemunculan isu keganasan terhadap orang Islam terutama selepas insiden 11 September telah mengusik parut lama hubungan orang Islam dan bukan-Islam pada zaman Perang Salib Islamophobia telah berlaku di Barat. Begitu juga negara-negara baru di rantau ini telah menangani ekstrime dan radikalisme yang ditimbulkan oleh kumpulan-kumpulan orang Islam yang dipengaruhi kumpulan militan transnasional. Di antara cabaran-cabaran yang menggemparkan pada masa ini termasuklah peningkatan konstan orang Kristian di rantau ini. 

Perangkaan bilangan orang Kristian di dunia pada 1910 dan 2010 menunjukkan pada 1910, jumlah orang Kristian dan Asia dan Asia Tenggara ialah 28 juta, manakala pada 2010 (100 tahun kemudian) jumlah itu meningkat kepada 285 juta. Ini bermakna lebih kurang 10 kali berganda. Dari kira-kira 28 juta pada 1910 kepada lebih 285 juta pada 2010. Pada 1910 jumlah penduduk Krisitian di Eropah ialah 66 peratus dan di Asia 4.5 peratus. Pada 2010 jumlah Kristian di Eropah merosot 25 peratus dari 66 peratus dan di Asia meningkat kepada 13.1 peratus dari 4.5 peratus. (PEW Research Centre’s Forum on Religion and Public Life) Kegiatan mubaligh Kristian sudah meninggalkan Eropah untuk bergerak ke Asia dan Asia Tenggara. .

Pada hari ini Filipina diduduki secara dominan oleh Katolik yang berjumlah lebih kurang 80 peratus daripada seluruh penduduk Negara. Pada hakikatnya, Filipina menjadi pusat gereja-gereja Katolik di Asia

Dari segi ekonomi, orang Islam di Asia Tenggara ketinggalan di belakang penduduk-penduduk lain di rantau ini. Syarikat-syarikat perniagaan besar dikuasai bukan-Islam, termasuk di negara di mana orang Islam adalah majoriti. Ketidakseimbangan di antara orang Islam dan bukan-Islam dalam bidang kemajuan pendidikan dan teknologi amatlah ketara. Sebab itulah Malaysia mencuba mengatasi menerusi program-program pembangunan ekonomi dan perusahaan. Masalah social di kalangan orang Islam di rantau ini menggemparkan.

Perangkaan menunjukkan orang Islam menjadi pengguna yang berpotensi bagi arak dan dadah haram (candu, syabu dll) Kajian tahun 2012 mendapati peminuman arak di dunia Islam telah meningkat hamper satu kali ganda di antara 2001 dan 2011, dan peningkatan jualan arak itu “bukanlah terbatas kepada jumlah pengguna bukan-Muslim dan orang asing sahaja.” Pada hakikatnya, orang Islam telah memainkan secara langsung dalam peminuman arak, yang menjadi perkara biasa di dalam kehidupan dunia Islam.” (wikiislam.net). Beribu-ribu belia Islam di Asia Tenggara telah menjadi penagih dadah.

Konsep liberalisme Islam diperkenalkan kepada masyarakat Islam di rantau ini dan ia semakin memperoleh pengaruh di kalangan orang Islam terutama di kalangan profesional dan ahli akademik orang Islam. Konsep ini kritikal dan merbahaya kepada kepercayaan asas orang Islam. Kempen global dalam aspek hak jantina dan kaum wanita yang dipromosi oleh kumpulan-kumpulan feminin yang bertapak di Eropah dan Amerika mula mendapat sambutan di kalangan kaum wanita Islam di rantau ini.


Matlamat utama kempen-kempen itu adalah untuk menuntut hak yang samarata bagi kaum wanita secara peribadi dan umum. Mereka cuba menafsirkan semula hadis-hadis Islam bagi menyokong tuntutan dan gerakan mereka. Kewujudan kegiatan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) adalah satu lagi masalah sosial yang dihadapi orang Islam di Asia Tenggara. Gerakan-gerakan ini secara agresif menuntut hak samarata mengikut konsep mereka. 



Dua pertubuhan yang popular di peringkat antarabangsa, InterPride, yang menyelaras rangkaian program kemegahan gay sedunia, dan International Gay and Lesbian Human Rights Commission (IGLHRC), yang menganggap halangan terhadap LGBT sebagai pencabulan hak asasi manusia (Wikipedia) Keadaan menyedihkan yang ditimbulkan gerakan ini telah menjadi semakin popular dan berpengaruh di kalangan orang Islam termasuklah golongan yang berpendidikan dan professional, yang mempunyai peranan penting di dalam masyarakat.

Bersambung ke bahagian ketiga >


No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute