KANTOI!!!! GLOBAL WITNESS DAPAT DANA DARI SOROS


Oleh : Beruang Biru / Central

Pakatan pembangkang dilihat semakin terdesak mengunakan pelbagai pendekatan yang ada semata-mata untuk memastikan impian Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya tercapai. 

Terbaru tindakan sekumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness yang cuba menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui penghasilan video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' jelas merupakan satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air.

Video tersebut cuba menuduh Taib Mahmud kononnya melakukan penyelewengan menguruskan tanah dan hutan negeri. Ia jelas merupakan cubaan untuk mencemarkan Sarawak sekaligus mewujudkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Malah menurut sumber, video tersebut merupakan satu ‘lakonan’ yang sengaja direka cipta kerana suami salah seorang wanita yang diwawancara itu adalah merupakan penyokong kuat PKR.

Hasil penelitian yang dilakukan, Global Witness sebenarnya merupakan sebuah organisasi yang dibiayai oleh NED & ODI iaitu dua badan yang disokong kedudukan kewangan oleh penyangak mata wang asing berketurunan Yahudi, George Soros. Sila rujuk pautan blog ini Soros-funded Global Witness untuk maklumat lanjut.

Maka bukanlah suatu yang menghairankan apabila sebuah NGO asing secara tiba-tiba begitu berminat untuk membantu gerakan pembangkang bagi menumbangkan kerajaan. Keseluruhan episod ini rupanya merupakan dendam lama penyangak Yahudi itu terhadap kepimpinan negara. Malah umum juga mengetahui akan hubungan akrab di antara Soros dan Anwar seperti yang telah didedahkan sebelum ini.



Sebagai contoh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman pernah berkata penglibatan Anwar dan Soros tidak berlaku secara langsung tetapi ia dibuat melalui NGO asing yang dinaungi penyangak berkenaan dan rakan-rakannya.

Malah kenyataan salah seorang mantan Ahli Majlis Tertinggi PKR yang ditemui mengatakan, selain Global Witness penyangak mata wang berbangsa Yahudi itu turut membiayai membiayai PKR, Suaram, portal pembangkang Malaysiakini dan Institut Kajian Dasar (IKD). 



Terbukti hubungan luar biasa Anwar dengan beberapa pemimpin Yahudi termasuk Soros bukan lagi rahsia. Malah pendekatan Ketua Pembangkang itu yang menghasut dan menyemai sentimen kebencian rakyat agar menjatuhkan kerajaan juga menjadi bukti jelas ia dipengaruhi cara Yahudi seperti yang telah berlaku di negara-negara Arab.

Oleh yang demikian, sebelum pimpinan pembangkang berlakon seoalah-olah mereka suci lagi bersih dari sebarang unsur Yahudi, ada baiknya mereka mendesak Global Witness mengeluarkan satu lagi video terbaru yang bertajuk ‘We Deny’.



Post a Comment

0 Comments