ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 2 March 2013

KENAPA PDRM BUKAN ATM??? : MENJAWAB PERSEPSI NEGATIF PEMBANGKANG MENGENAI INSIDEN LAHAD DATU

Oleh : AB

MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?

Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.

Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.

DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?

Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.



MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?

Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang. 

Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.

Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik Lahad Datu dengan demonstrasi jalanan Bersih , kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.

Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.

p/s: Terima kasih kepada pasukan keselamatan Malaysia (PDRM & ATM) kerana bergadai nyawa mempertahankan negara.


No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute