OPS SULU : DARI MANA PENCEROBOH DAPAT SENJATA?

Oleh : JHBT

Drama pencerobohan di Lahad Datu masih terus berlaku. Walaupun kerajaan melalui agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan ATM telah menggunakan kaedah diplomasi, tetapi nampaknya kumpulan yang mengakui diri mereka sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu masih tidak menunjukkan sebarang perletakkan senjata dan menyerah diri.

Untuk rekod 2 anggota VAT 69, PDRM telah terkorban manakala 3 lagi cedera dalam kejadian serangan mortar yang berlaku pada pukul +-7.00 petang semalam (2 Mac 2013). Dan terkini dikatakan pula 2 anggota Polis terkorban dalam satu insiden yang berlaku di Semporna awal pagi tadi.

Namun penulis bukan mahu menyentuh mengenai isu ini secara lebih mendalam, sebaliknya ingin mengajak rakan pembaca berfikir mengenai 'kuasa-kuasa' luar yang mungkin terlibat dalam percaturan politik Malaysiana ini.

Sepertimana yang penulis ketahui, apabila bercakap mengenai kumpulan pemberontak (Dalam kes ini mereka adalah pemberontak dikacamata Kerajaan Filipina) , maka penulis lebih gemar melihat kelengkapan senjata yang dimiliki oleh kumpulan pemberontak berkenaan.

Senjata merupakan instrumen paling penting dalam mana-mana kumpulan pemberontak di dunia. Berdasarkan pemerhatian penulis daripada beberapa gambar yang diperolehi, ternyata kumpulan penceroboh ini tidak seperti kumpulan pemberontak lain di dunia terutama sekali di negara-negara Islam. Jika dilihat dari gambar jelas menunjukkan bahawasanya kumpulan ini menggunakan senjata Assault M16 riffle yang merupakan senjata keluaran Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat merupakan negara yang paling berhati-hati dalam soal penjualan senjatanya kepada negara asing. Hanya negara yang disenaraikan sebagai 'negara sahabat' sahaja akan diberikan kelayakkan memiliki senjata berkenaan. Filipina, Singapura, Thailand, malah Malaysia juga diberikan 'lampu hijau' memiliki senjata keluaran negara Uncle Sam itu.

Jika kebanyakkan pemberontak atau pejuang yang menggunakan nama Islam selesa menggunakan AK47 keluaran negara soviet, tidak sebaliknya pada tentera Diraja Sulu yang menggunakan M16 dan kadangkala berserta granede launcher sebagai instrumen utama senjata assult mereka.

Persoalan disini, siapakah yang menjadi dalang kepada penjualan senjata api buatan Colt's Manufacturing Company & U.S. Ordnance Amerika Syarikat ini atau pemegang lesen mereka di Filipina Elisco? Dari mana mereka mendapat sumber kewangan sehingga kumpulan ini mampu memiliki puluhan mungkin ribuan senjata api dari model yang sama digunakan oleh Tentera Malaysia?

Inilah yang perlu dilihat. Penulis bimbang ada tangan-tangan asing dibelakang insiden ini agar anasir-anasir mereka boleh masuk campur atas nama 'bantuan' dan mengembalikan 'keamanan'. Jadi sebelum kita bertindak menyalahkan pihak kerajaan kerana dikatakan lambat bertindak (sedangkang yang sebenarnya kerajaan cuba mencari jalan diplomasi), kita harus fikir siapa yang mengajak mereka mendarat di Lahad Datu?

Kepada Pasukan Keselamatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, kami sebagai rakyat Malaysia ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada kalian semua kerana sanggup bergadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara.

Post a Comment

0 Comments