PEJUANG GERILA FORCE 136




Oleh : UKT /  Teks disediakan oleh Panitia Sejarah SMKTP


Force 136 ialah nama kod yang diberi kepada satu ketumbukan khas gerakan bawah tanah yang ditubuhkan semasa Perang Dunia ke-2 dengan markas pusatnya di Ceylon (Sri Lanka) dan India. Dua negara ini merupakan antara negara-negara Asia jajahan British yang tidak berjaya ditawan oleh Jepun dan sekutunya.

Nama Force 136 hanya digunakan kira-kira pada bulan April 1944. Markas asal Force 136 ialah Meerut, India, kemudiannya dipindahkan ke New Delhi buat sementara dan akhirnya ke Kandy, Ceylon.

Force 136 naungan SEAC (South East Asia Command) dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu A, B, & C. Kumpulan A meliputi negeri Thai dan Burma; Kumpulan B meliputi Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia, manakala Kumpulan C meliputi Indo-China dan China. Setiap kumpulan dibahagi pula kepada negara masing-masing (Country Section), Tanah Melayu dikenali sebagai Force 136 Malayan Country

Pegawai atau penolong kanan bagi setiap kumpulan diberi nama kod (nama samaran) seperti Harimau, Singa, Beruang, Kiwi, Tikus, dan lain-lain. Nama-nama inilah yang biasanya digunakan dalam perhubungan untuk menghantar maklumat dan untuk hal-hal yang sulit dan rasmi, supaya identiti seseorang itu tidak dikenali oleh pihak musuh.

Tokoh yang paling awal menganggotai Force 136 Malayan Country ialah Richard Broome (bekas pegawai MCS) dan John Davis (bekas pegawai polis di T.Melayu), dan bagi orang Melayunya ialah Tengku Mahmood Mahyideen yang diberi tugas untuk memimpin kumpulan Melayu semasa di India dan Ceylon.

Tengku Mahmood Mahyideen ialah seorang putera mahkota Wilayah Pattani yang tinggal di Kota Bharu dan bertugas sebagai Inspector of School bagi negeri Kelantan. Beliau ialah anak kedua Sultan Abdul Kadir atau Pyar Pipit, iaitu raja Melayu Pattani yang terakhir. Bersama-sama beliau di New Delhi antaranya ialah (Tun) Mohd Suffian Hashim yang bertugas di bahagian Melayu All-India Radio.

Pada tahun-tahun 1943-1944, Tengku Mahmood Mahyideen giat melawat beberapa tempat di India dan di luar India seperti Makkah, Jeddah dan juga London untuk mengambil anak-anak Melayu menganggotai pasukan sukarelawan Force 136.

Setiap mereka ini dikehendaki menjalani pelbagai latihan untuk beberapa bulan lamanya. Antara latihan yang dijalankan temasuklah latihan jasmani, kawat, menembak, serangan komando, sabotaj, membaca peta, mengendalikan perahu kayak dan perahu getah, serta latihan menggunakan payung terjun. Latihan tentera dijalankan dibeberapa tempat seperti di Bombay, Poonah, Jubbulpore, Madras, Jessore, Trincomalee, Rawalpindi, Bengal, Colombo, Calcutta dan di kaki Gunung Himalaya.

Pasukan Force 136 bekerjasama dengan MPAJA (yang mendapat bantuan senjata daripada Tentera Bersekutu), Pasukan Askar Melayu Setia dan Pasukan Wataniah dalam usaha untuk mengusir tentera Jepun dari Tanah Melayu.


Post a Comment

2 Comments

  1. ada tak peta bagi markas dan kawasan perjuangan Force 136 ketika menentang Jepun?

    ReplyDelete
  2. inilah sekarang , ramai anak muda melayu mengatakan komunis itu juga adalah pejuang kemerdekaaan , sedangkan hakikat dan cerita sebenarnya ialah komunis bukanlah pejuang kemerdekaan ..

    yang ada ialah MPAJA , MPAJA mendapat bekalan senjata dan diajar oleh British selok belok peperangan hutan ,
    dan paling utama adanya pasukan anak watan bangsa melayu , Force 136 yang juga berjuang untuk penjajahan jepun,

    lepas perang, MPAJA membunuh , menyerang , menyiksa kaum bangsa melayu , perak dan johor menyaksikan betapa jahatnya MPAJA yg dikuasai bangsa cina masa itu .
    MPAJA kemudian bergabung dengan pasukan cina lain membentuk pasti komunis malaya ! mereka menentang askar kerajaan yang sah iaitu askar malaysia , ATM dan PDRM mengalami korban yg bukan sedikit , inikah yg dikatakan pejuang ? membunuh dan menyerang askar kerajaan yg sah dalam negara yg merdeka !

    masa ini , selayaknya Force 136 dihidupkan kembali dengan cara dan watak baru sesuai dengan ancaman terhdap negara dan bangsa melayu kini ..
    jangan lupa, komunis bukan meletak senjata , mereka cuma sign perdamaian bukan menyerah kalah ! komunis masih dan kian hidup dalam masyarakat kini dengan wajah baru, dengan gaya dan cara baru , mereka kini ada sebagai YB , sebagai jutawan, sebagai wartawan, sebagai pelajar , doktor , peniaga , pemandu teksi , mahasiswa , penganggur dan sebagainya .

    ancaman terhadap bangsa melayu dan negara Malaysia Amnya belum selesai , ancaman cara silam sudah berlalu tetapi ancaman alaf baru sudah bertunas , menunggu masa untuk tumbuhnya ranting dan segala dahan , jika esok mereka dah kukuh tidak mustahil sejarah lma akan berulang !

    hidupkan kembali Force 136 dan aku adalah ahli pertama akan melapor diri !!

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.