ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 21 March 2013

SOALAN UNTUK MUZABZIB JAYYID JIDDAN [EPISOD 2]


Oleh : Jebat

Sepertimana yang diketahui ramai, baru-baru ini Dr. MAZA, mantan Mufti Perlis dan juga Mantan Felo di OCIS, Oxford telah berkesempatan bersama-sama Perdana Menteri secara bersendirian beberapa minggu yang lepas. Berlainan dengan sikap beliau yang mahu 'menyorok' dari memaklumkan kepada rakyat mengenai perjumpaan beliau dengan Ketua Pembangkang selama 3 Jam. Perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dimaklumkan ke seantero dunia dengan pantasnya melalui akaun Twitternya.



Semalam kami telah mengutarakan beberapa persoalan yang kemungkinan beliau ada jawapan yang boleh dikongsikan bersama-sama kita dengan rakyat jelata. Sehingga saat tulisan ini dinoktahkan, kami masih belum mendapat sebarang respon dari Dr. Maza mengenai apakah yang beliau bualkan dengan Perdana Menteri ketika 'bersendirian' dengan anak lelaki kepada Perdana Menteri Ke-2 Malaysia, Tun Abdul Razak.

Hari ini kami ingin meneruskan persoalan kami kepada Bekas Fellow OCIS, Universiti Oxford, Oxford tentang persoalan yang beliau pernah ungkapkan sepertimana video dibawah :



Persoalan kami disini ialah, sebagai seorang yang dijemput untuk 'bersendirian' dengan Perdana Menteri, adakah Tuan Dr. membangkitkan persoalan yang dikemukakan dalam video diatas? (Bagi yang tidak menonton video diatas, berikut adalah beberapa persoalan yang diutarakan oleh Dr. Maza);

a) Salah guna kuasa ketika pilihanraya kecil.
b) Sebutan istilah duit kerajaan yang seharusnya dipanggil wang pembayar cukai (Tax payer money)
c) Harga gula yang tinggi (naik 20 sen)
d) Harga petrol Ron 95 / Harga petrol nak naik
e) Istilah yang salah : "Kerajaan membantu"
f) Menggunakan duit kerajaan umpama duit Mak Bapak Kau
g) Masuk (Makan) di KFC pun dikenakan bayaran cukai
h) Kerajaan membelanjakan duit - perlu ada kena kesepakatan 'kita'

Kami juga nak tahu adakah Dr. Maza MEMBERI PERINGATAN kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak selaku Ketua Kerajaan agar jangan menggunakan wang pembayar cukai (tax payer money) seumpama duit mak bapak kau...(Dalam konotasi dan intonasi yang sama sepertimana ucapan beliau di khalayak ramai sepertimana dalam forum diatas.)

Kami juga ingin melebarkan persoalan kami kepada Dr. Asri, adakah Dr. Asri bertanyakan kepada Perdana Menteri adakah duit yang dibelanjakan itu hasilnya dari duit Tun Abdul Razak dengan Toh Puan Rahah? - Jika tuan menganggap Perdana Menteri Najib Razak sebagai sebahagian daripada sistem Kerajaan.


Kami yakin, sekiranya Tuan Dr. mampu lantang dan tegas dihadapan khalayak awam, pastinya Dr. juga lantang dan tegas mempersoalkan itu dan ini di hadapan Najib Tun Razak yang hanyalah seorang Perdana Menteri Malaysia. Lagipun jihad paling afdal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim (Mungkin dalam hal ini, Dr. Maza tidak menganggap Najib Razak sebagai seorang yang zalim)

Kami berharap Dr. Maza dapat berkongsi jawapan dan pandangan yang diutarakan oleh Perdana Menteri dengan Tuan Dr, yang pastinya melibatkan hal-ehwal rakyat. Sepertimana yang ditekankan oleh Dr. bahawa urusan hal-ehwal rakyat maka menjadi tanggungjawab untuk ditegur secara terang-terangan sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat terhadap Umar R.A dalam isu pakaian.

Pada pandangan kami, sekiranya tuan Dr. bersetuju dengan kaedah kritikan secara terbuka kepada pemerintah terutama sekali perkara yang melibatkan kepentingan rakyat, maka tidak ada silapnya tuan Dr. menghebahkan kepada rakyat mengenai apakah jawapan dan alasan yang diterima oleh Tuan Dr. dari Perdana Menteri berhubung isu-isu diatas. Dan kami juga mahu mengetahui apa pula nasihat Tuan Dr. kepada Perdana Menteri dalam soalan yang berbangkit.

Selaku ahli akademik, yang memiliki taraf pendidikan yang tinggi, malah pernah dilantik oleh Kerajaan Kristian Queen Elizabeth II, Tuan Dr. pastinya tidak akan membincangkan isu-isu yang melibatkan urusan peribadi pemerintah sepertimana yang anda persetujui dalam video dibawah ini;



"Saya tahu kita baca hadis itu..............siapa yang nak nasihat para penguasa jangan terang-terangan. Tapi isu ini ada dua perkara, dan selalu saya tegaskan. Satu ada perkara yang membabitkan soal peribadi pemerintah, pemerintah itu kalau katakanlah dia terlibat dalam minum arak ke, dia tak tutup aurat ke, itu soal, soal peribadi dia."
(minit ke 0:10 - 0:41)

Jadi kami selaku rakyat yang tidak dapat bersendirian dengan Perdana Menteri untuk bertanya dalam perkara yang berbangkit, mengharapkan Tuan Dr. Maza dapat berkongsi jawapan dan nasihat yang tuan berikan kepada Perdana Menteri demi kamaslahatan ummah.

Maka kami mengharapkan Tuan Dr. Maza, Mantan Mufti Perlis juga Mantan Felo OCIS Oxford dapat merelaikan kekusutan yang terjadi. Dan kami mengharapkan Dr. Maza bersikaplah proffesional dengan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan. Janganlah menundingkan fitnah tuan Dr. kepada mana-mana organisasi semata-mata mahu melarikan diri dari menjawab isu yang utama. Kami juga mengharapkan tuan Dr. lebih terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan, dan tidak mengamalkan sikap diktator dan memilih bulu terutama sekali dalam berhadapan dengan soalan-soalan yang melibatkan kemaslahatan ummah.

Soalan yang masih GAGAL dijawab oleh MUZABZIB JAYYID JIDDAN EPISOD 1.






1 comment:

  1. Pretty! This has been a really wonderful post. Many thanks for providing this information.
    casino online

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute