OPS DAULAT : PAS KANTOIKAN UMNO KAW KAW!!!!


Oleh : Jebat & Dr. Khan.

PAS hari ini cuba menafikan pembongkaran dengan mengeluarkan satu kenyataan mengenai kewujudan akaun Maybank Islamic. Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan dari Dewan Pemuda PAS Pusat ;


Dari Wall @DPP Malaysia (Official)

Admin : Ada pihak yang mempertikaikan kenapa sumbangan untuk tabung Lahad Datu dimasukkan ke dalam akaun atas nama Parti Islam SeMalaysia? Jawapannya, akaun ini khusus untuk sumbangan Lahad Datu, untuk urusan lain ada Dewan Pemuda PAS Malaysia mempunyai akaun lain. 

Akaun yang dipamerkan didalam poster rayuan sumbangan perajurit Lahad Datu khusus untuk sumbangan kepada perajurit Lahad Datu.


Selain itu Dewan Pemuda PAS Malaysia juga memiliki :

Tabung Kemanusiaan Pemuda : 564025400100
Dana Pilihanraya Pemuda : 564025400095
Dana Pembangunan Pemuda : 564025400117
Tabung Rakyat prihatin  : 564025400414

Jadi pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap agar pihak tersebut menghentikan fitnah yang dilemparkan dan sebaliknya membantu menyebarkan maklumat mengenai rayuan sumbangan ini. 

Sekian Terima Kasih.

Baik sekarang kami nak tanya, kenapa kesemua nama akaun yang dinyatakan diatas tidak tertera nama-nama berkenaan? Sebaliknya kesemua nombor akaun berkenaan penamanya adalah Parti ISLAM Se Malaysia. Buktinya ada dibawah ini.

Tabung Kemanusiaan Pemuda : 564025400100

Dana Pilihanraya Pemuda : 564025400095

Dana Pembangunan Pemuda : 564025400117

Tabung Rakyat prihatin  : 564025400414


Kesemua penama akaun berkenaan adalah Parti ISLAM Se Malaysia. Kenapa tidak diwujudkan atas nama-nama yang dinyatakan sepertimana diatas??? Baik sekarang kita tengok Tabung Lahad Datu Media Prima.


Ternyata akaun berkenaan tertera nama Tabung Perwira Lahad Datu. Baik sekarang kita lihat pula Tabung Lahad Datu dibawah seliaan Polis Diraja Malaysia atas Tabung Kebajikan PDRM.


Ternyata pada skrin mesin deposit Maybank tertera nama sepertimana yang diiklankan oleh PDRM. Jadi disini kami nak bertanya kepada PAS, bagaimana kalian hendak memastikan kesemua wang-wang yang dimasukkan ini adalah wang yang dikhususkan untuk Tabung Lahad Datu? Kerana kesemua akaun adalah diatas nama PAS dan bukannya khusus sepertimana yang dilakukan oleh Media Prima dan PDRM. 

Susah sangatkah PAS hendak meminta pengurusan Maybank Islamic mewujudkan satu akaun khusus atas nama Tabung Lahad Datu??? Jika Media Prima dan PDRM boleh melakukannya, kenapa PAS tidak boleh? Dimana integriti PAS dalam soal pengurusan kewangan???

Ingat!!! Sedangkan duit Tabung Memali dan duit Kohilal boleh kalian hilangkan (Sepertimana pengakuan Dr. Maza), inikan pula wang derma untuk Lahad Datu. Janganlah kerana mahu menyapu wang, PAS sanggup menipu pengikut PAS khasnya dan rakyat Malaysia amnya.


Post a Comment

1 Comments

  1. To make games for Android phones and make homes and businesses
    more appealing plague inc. cheats for the Android Platform.


    Review my website :: Plague inc. cheat table

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.