PARTI PRO SYIAH DAN KEPIMPINAN ULAMA...FAKTA ATAU AUTA???



Oleh : Jebat

Menjelang PRU13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Parti-parti politik di Malaysia giat menjalankan usaha mempromosi calon dan mencari pengaruh dikalangan pengundi. Namun dalam kegairahan mempromosikan parti politik masing-masing, tidak dinafikan terdapat fakta-fakta yang cuba dikelirukan oleh parti-parti tertentu demi mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap parti-parti mereka. Terbaru Parti Pro Syiah SeMalaysia atau PAS telah mengeluarkan poster yang menyatakan bahawa PAS adalah kepimpinan Ulama. Suka kami membetulkan kenyataan ini dengan menyatakan kelompok Ulama merupakan kelompok yang telah ditendang oleh ahli-ahli PAS sendiri, yang menyaksikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa antara senarai  'Ulama' yang ditendang keluar dari mengiringi Jawatan Presiden PAS yang tidak dipertandingkan dalam sesi pemilihanSAF KEPIMPINAN PAS PUSAT 2011 / 2013. 

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
2. Mohamad Sabu, Hj ( 420 )

NAIB PRESIDEN
3. Husam Musa , YB Dato’( 660 )
4. Mahfuz Omar, YB Dato’ (616 )
5. Salahuddin Ayub, YB ( 753 )

Jika dilihat dari Kepimpinan Eksekutif PAS, maka dapatlah kita ketahui Bahawa PAS bukan lagi dipimpin oleh ULAMA secara majoritinya. Sebaliknya kumpulan Bukan Ulama atau Kumpulan Pro Anwarinas dan Pro SYIAH yang menguasai jawatan-jawatan utama dalam PAS. Jadi layakkah PAS mendabik dada diri mereka dipimpin oleh ULAMA sedangkan dalam masa yang sama mereka menendang keluar golongan agamawan dari saf kepimpinan eksekutif mereka.

Tambahan pula sejak bila ISLAM meletakkan hak masyarakat awam dalam memilih pemimpin? Sedangkan dalam ISLAM, pemimpin dipilih oleh orang yang alim dan berilmu. Bukannya kelompok masyarakat yang mudah dipengaruhi dan jahil. Bukankah ini juga tanda-tanda yang PAS juga mengamalkan sistem DEMOKRASI SEKULAR?

Yang pasti, SYIAH sedang menyusun strategi untuk menggantikan PAS dari dalam dengan meletakkan orang-orang pentingnya menduduki jawatan di dalam PAS. Buktinya ada dibawah ini.


Post a Comment

0 Comments