PRU 13 : BAGAIMANA UNDI POS DILAKSANAKAN DALAM PRU 13 INI?

Oleh : Suruhanjaya Pilihanraya 

1. TENTERA
Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

2. POLIS
Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

3.PETUGAS MEDIA
Anggota media yang bertugas membuat liputan perjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.

4. PETUGAS PILIHAN RAYA
Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petugas-petugas pilihan raya yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya di Pusat-Pusat Mengundi turut diberikan ruang untuk memohon mengundi secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar Pusat Mengundi di mana mereka ditetapkan bertugas.


5. WARGANEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA
Warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar negara serta tidak berkesempatan untuk pulang mengundi di Malaysia, dibenarkan untuk memohon mengundi secara pos. Walau bagaimanapun mereka diminta memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.

6. PELAJAR DI LUAR NEGARA & PASANGAN
Pelajar Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar negara kerana menuntut sepenuh masa serta pasangannya telah dikategorikan sebagai Pengundi Tidak Hadir. Mereka layak mengundi secara pos.

7. PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA & PASANGAN
Kelayakan ini juga diperuntukkan kepada penjawat awam yang bertugas di luar negara serta pasangannya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagaimana dengan Doktor yang kena bertugas dalam negeri/tempat yang bukan tempat dia mengundi? Bolehkah dia mengundi cara Pos?

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.