PRU 13 : [EKSKLUSIF] SURAT DARI PENYOKONG PAS SANGLANG KEPADA USTAZ FATHUL BARI


Oleh : Abu Umar

Sanglang, 27 April 2013 : Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri DUN N.15 Sanglang, Ustaz Dr. Fathul Bari Bin Mat Jahya malam semalam telah didatangi oleh seorang bekas penyokong PAS yang mewakili kumpulan penduduk kampung yang kecewa dengan PAS Sanglang.

Beliau yang enggan namanya diketahui, menyatakan bahawa pihak PAS telah mula menakut-nakutkan orang kampung dengan 'fatwa-fatwa' songsang setelah didapati penduduk kampung berkenaan mula 'beralih angin' dari PAS.

"Mereka menyatakan kami akan menjadi fasiq dan munafiq sekiranya kami menyokong Ustaz Fathul Bari."

Tambahnya lagi, sekiranya ada penduduk kampung yang didapati telah 'beralih angin' dari menyokong PAS, mereka akan dipulaukan.

"Malah jika ada kematian sekalipun, mereka tak akan datang untuk menguruskan jenazah orang BN."

"Kami berharap Ustaz Fathul dapatlah tolong kami, penduduk kampung yang lemah ini." ujarnya mengakhiri perbualan. 

Pengerusi iLMUAN Malaysia, Dr. Fadlan Mohd Othman ketika dihubungi hari ini berkata, adalah menjadi satu kecelakaan kepada umat Islam di Malaysia apabila wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang meletakkan kecenderungan politik melebihi aqidah.

"Inilah pendekatan yang harus kita jauhi. ISLAM tidak pernah mengajar umatnya berpecah belah malah kita diwajibkan untuk sentiasa bersatu."

"Ini adalah satu musibah yang besar kepada penduduk di Sanglang apabila PAS dikawasan berkenaan mudah melemparkan tuduhan munafiq atau fasiq kepada penduduk kampung yang menyokong BN."

Tambah beliau lagi PAS harusnya sedar, proses Islamisasi yang berlaku di negara ini juga adalah hasil titik peluh UMNO.

"Lihat di sekeliling kita. Begitu banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional demi kepentingan Umat Islam."

"Mengenai soal jenazah yang enggan diuruskan oleh pihak PAS, saya menasihatkan penduduk kampung berkenaan agar jangan bimbang. Ini kerana ramai lagi ahli UMNO yang mempunyai kemampuan dalam pengurusan jenazah."

"Saya yakin sekiranya Ustaz Fathul Bari diberikan mandat oleh penduduk di Sanglang, beliau akan berusaha mengadakan program-program bersifat ilmiah terutama sekali mengenai proses pengurusan jenazah."ujarnya mengakhiri perbualan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Jangah dengar sebelah pihak sahaja... yg melapor baru seorang, try tanya sekampung...

    ReplyDelete
  2. ctjay,

    apa maksud anda?

    tq

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.