PRU 13 : MANTAN MENTERI PENCEN CHUA JUI MENG MASIH GILAKAN JAWATAN


Oleh : Beruang Biru

Tindakan Pakatan Rakyat meletakkan Datuk Chua Jui Meng di kawasan Parlimen Segamat hanyalah sebagai tindakan belas kasihan selepas Pengerusi PKR Johor itu merajuk apabila kerusi yang diidamkannya iaitu  Gelang Patah dirampas DAP dengan meletakkan Lim Kit Siang.

Malah beliau juga selepas pengumuman Kit Siang bertanding di Gelang Patah dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meghilangkan diri selepas bertikam lidah dengan Pengerusi DAP Dr Boo Cheng Hau berebut Gelang Patah. Amat menyedihkan apabila Jui Meng juga mengeluarkan kenyataan secara terbuka beliau tidak lagi "memiliki rumah" selepas segala usahanya di Gelang Patah dicantas begitu sahaja oleh Kit Siang.


Atas dasar itulah PR memberikan kerusi Segamat untuk ditandinginya, bukan kerusi Gelang Patah mahupun Bakri yang pernah diwakilinya sejak lima penggal sebelum menyertai PR. Umum menyedari Jui Meng meninggalkan MCA selepas kedudukannya sebagai Naib Presiden dicabar dalam pemilihan parti yang menyaksikan beliau gugur.

Meletakkan Jui Meng di Segamat juga tidak menjanjikan kemenangan untuk PR kerana kawasan Dr S Subramaniam itu merupakan kubu kuat Barisan nasional (BN) dan banyak pihak melihat tindakan PR meletakkan Jui Meng di Segamat adalah untuk menamatkan karier politiknya.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pemuda MCA Bahagian Bakri, Lee Ching Yong yang berkata, strategi meletakkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon di Parlimen Segamat dan bukan Gelang patah pada hakikatnya hanya mahu membunuh karier politiknya.


Lebih mengejutkan Jui Meng juga tidak kisah sekiranya kalah di Segamat dan hanya mahu bertanding kerana itu menunjukkan beliau hanya gilakan kedudukan dan pangkat. Beliau juga berkata PRU13 adalah medan terakhirnya dalam politik. Apa yang boleh dilaksanakan pemimpin pembangkang yang umum mengetahui akan bersara? Kosong! itulah perumpamaan paling tepat. Malaha, beliau juga dilihat sambil lewa dalam menerima kerusi berkenaan.

Jika beginilah sikap beliau, tidak seharusnya pengundi Segamat memilih beliau yang tamak kuasa dan kedudukan. Taktik Chua Jui Meng merajuk dan memekak berjaya juga akhirnya apabila beliau dicalonkan oleh Pakatan Rakyat untuk Parlimen Segamat.  Ini juga membuktikan Pakatan Rakyat dipenuhi pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri seperti Chua Jui Meng.


Kenyataan beliau bahawa beliau tidak kisah samada menang atau kalah di Segamat jelas menunjukkan sikap beliau yang hanya mahukan kerusi dan jawatan sehingga sanggup timbulkan pertelingkahan bersama DAP.

Post a Comment

0 Comments