ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 21 April 2013

PRU 13 : NOTA BUAT WARGA SANGLANG

Salam sayang buat semua warga Sanglang.

Izinkan saya untuk berbicara kepada warga Sanglang yang saya cintai. Warga DUN Sanglang yang tidak asing bagi saya sebagai anak jati Negeri Perlis.

Umat Islam kini telah berpecah-belah akibat mainan politik yang melampau. Oleh itu, marilah kita kembali bersatu sebagaimana firman ALLAH  di dalam ayat Al Quran:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu di atas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu.” Ali Imraan: 103

Dan apabila diterangkan tentang maksud tali Allah ini, menurut Ibnu Mas’ud, yang dimaksud “tali Allah” adalah Al-Jama’ah, Al-Qurthubi menyatakan, sesungguhnya Allah memerintahkan supaya bersatu padu dan melarang berpecah belah, kerana perpecahan itu adalah kerosakan dan persatuan (Al-Jama’ah) itu adalah keselamatan. (Tafsir Qurthubi IV/159)

Oleh itu, wajarlah bagi kita untuk bersatu di bawah Persatuan dan Perpaduan Islam yakni perpaduan yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan negara kita di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Di mana negara kita telah terbukti aman, selamat dan makmur selama ini. Dengan sokongan tuan-tuan dan puan-puan kepada Barisan Nasional, saya berharap DUN Sanglang bakal menjadi barisan hadapan dalam mengembalikan semula kegemilangan Sunnah di Perlis.

TOLAK POLITIK KEBENCIAN. TERAPKAN POLITIK KASIH SAYANG

Salam sayang,

Pak Cik Paminu
Pengundi
N.15 Sanglang

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute