PRU 13 : PERDANA MENTERI PILIH USTAZ DR. FATHUL BARI UNTUK 'CUCI' SYIAH DI PERLIS!!!!

Oleh : Jebat

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahaya, telah dipilih oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai calon Barisan Nasional di kerusi N15 Dun Sanglang.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perlis, Dato' Seri Mat Isa Sabu.

Beliau akan ditentang oleh Cikgu Mohd Shukri Ramli dari PAS.

Berikut adalah ringkasan biodata Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahaya :

Berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Hadis di Universiti Madinah dan juga Sarjana dalam bidang Hadith daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Fakulti Al-Quran & Sunnah di Bahagian Hadith dan telah beroleh keputusan "Mumtaz". Orang yang yang pertama dianugerahkan "Mumtaz" adalah dari Palestin, kedua dari Algeria. Dan sekarang yang ketiga adalah beliau sendiri yakni dari Malaysia.

Tesis PhD beliau juga telah disyorkan untuk dicetak oleh pihak UIA sebagai satu bahan ilmiah yang berkualiti.

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya atau lebih dikenali dengan singkatan UFB adalah anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin. UFB merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja (CEO) Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) atau lebih dikenali dengan gelaran Ulama Muda UMNO sebelum ini.

Selain itu, beliau adalah bekas Penasihat Agama di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pendaftar di Universiti Islam Antarabangsa Al-Madinah di Shah Alam dan terkini beliau diamanahkan untuk menjadi Penasihat Syariah TEKUN Nasional dan dalam masa yang sama sebagai Penasihat Agama kepada UMNO Selangor.

Calon PAS :

Post a Comment

3 Comments

  1. one of the best candidates. insyaAllah menang.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, UFB boleh menang. dan bila menang nanti, beliaulah calon utama utk jawatan MB. harap rakyat sanglang keluar beramai-ramai membantu....

    ReplyDelete
  3. Teruskan perjuangan sunnah UFB.......

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.