PRU 13 : RM 222 HARGA DERMA 'SUNAT' ANWAR IBRAHIM


Oleh : Beruang Biru

Tak habis-habis pembangkang mita derma, belum lagi dijawab ke mana pergi duit tabung derma ceramah pembangkang, sekali lagi Pakatan Rakyat (PR) mengeluarkan arahan kepada pengikutnya untuk menderma kepada "perjuangan" parti. Pada hari Sabtu 20 April 2013 jam 12:25tengahari, beberapa orang telah menerima emel dari info@anwaribrahim.com yang meminta derma berjumlah RM222.

Pada hari yang sama jam 10:26 malam, satu lagi emel dari sumber yang sama menyatakan bahawa “Projek 222” telah berjaya. Dengan mengandaikan Anwar Ibrahim telah meminta derma RM222 dari seribu orang, bermakna tidak sampai sehari beliau telah berjaya mengumpul sejumlah RM222,000.

Walaupun meminta derma dari warga internet bukan satu kesalahan, namun Anwar harus menjelaskan kepada setiap orang yang menerima emel tersebut. Akaun siapakah yang digunakan untuk mengutip derma tersebut dan berapa ramai pula yang telah menderma? Anwar harus menyenaraikan kesemua penderma dan berapa jumlah yang dikumpul untuk menunjukkan ketelusan.

Selain dari emel yang dibalas, adakah Anwar akan mengeluarkan kenyataan umum tentang jumlah derma yang dikumpulkan? Paling penting sekali, untuk tujuan apakah derma ini dikumpulkan? Anwar Ibrahim harus menjawab kesemua persoalan ini.

Ini kerana tiada kenyataan khusus mengenai aliran tabung derma dalam ceramah mereka ekoran ianya tidak diaudit. Adakah ia digunakan untuk tujuan yang betul ataupun untuk mengenyangkan pemimpin parti? Janganlah mengambil kesempatan terhadap ahli parti yang begitu setia memberi sumbangan.

Anwar perlu mengeluarkan kenyataan dengan jelas ke mana perbelanjaan wang itu disalurkan, kerana derma adalah amanah daripada orang ramai.

Post a Comment

1 Comments

  1. Woah! I'm really digging the template/theme of this blog.
    It's simple, yet effective. A lot of times
    it's difficult to get that "perfect balance" between usability and
    visual appearance. I must say you've done a superb job
    with this. Also, the blog loads super fast for me on Opera.
    Outstanding Blog!

    my weblog - http://pomata.org

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.