ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 28 April 2013

PRU 13 : SETELAH POKAI DI AUSTRALIA, MAT TAIB MASUK PAS UNTUK KUTIP TIN MILO

Oleh : Beruang Biru

Rasanya tidak perlulah kita korek dan ulang lagi siapa Mat Taib atau Muhammad Muhammad Taib atau nama ‘glamournya’, Mike Tyson. Beliaulah bekas Menteri Besar Selangor yang terkantoi bawa wang sebanyak RM3.8 juta ke Australia. Memandangkan UMNO bukanlah seperti PAS yang sentiasa memejamkan mata mengenai kesalahan pemimpin mereka, maka pada April 1997, Mat Taib telah diarahkan meletakkan jawatannya.    

Sebelum kejadian tersebut, Mat Taib telah lama memeningkan kepala UMNO kerana berkahwin lari di Thailand dengan Tengku Puteri Zaharia iaitu puteri kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.  Justeru, perletakan jawatan beliau atas kes itu sebenarnya merupakan satu ‘kelegaan’ buat UMNO.  

Walaubagaimanapun, beliau kembali mengganggu UMNO pada 2006 apabila Tun Abdullah Badawi, melantik Mat Taib ke Dewan Negara. Perlantikan itu bagaimanapun hanya sekejap sahaja kerana sejurus selepas Dato’ Seri Najib mengambil-alih tampuk pemerintahan, khidmat Mat Taib di Dewan Negara pun ditamatkan.  

Apa yang berlaku membuktikan betapa kepimpinan benar-benar ingin membersihkan parti ini dari mereka-mereka yang bermasalah dan tidak mampu berkhidmat dengan baik. Dalam kata lain, mereka yang tidak mampu menyumbang dan sebaliknya hanya menambahkan masalah kepada parti.  

Hari ini, terbuktilah bahawa sikap ‘dingin’ UMNO terhadap Mat Taib selama ini adalah berasas.    

Mat Taib jelas tidak layak duduk di dalam parti keramat ini apabila bertindak keluar parti dan menyertai PAS hanya kerana menantunya, Ahmad Affandi Hamzah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya telah tidak tercalon di DUN Seri Setia.   

Ini menunjukkan yang Mat Taib sebenarnya masih tidak dapat menerima ‘kejatuhannya’ serta masih mengharapkan ‘pujukan’ dari kepimpinan dengan cara ‘memberi muka’ kepada kaum kerabatnya. Mat Taib lupa bahawa pilihanraya bukanlah soal dirinya, tetapi soal agama, bangsa dan negara.  

Sebagai ahli politik, tentulah Mat Taib tidak mengaku bahawa keputusan masuk PAS itu adalah kerana menantunya tidak tercalon.  Sebaliknya, Mat Taib memberi alasan bahawa pengacara TV di Malaysia ada yang tidak bertudung sekali gus menunjukkan yang kepimpinan tidak cukup Islam.  Oleh itu, beliau memilih PAS kerana PAS menekankan soal tudung maka PAS lebih Islam dari UMNO.  

Pesan kita, tidak usahlah Mat Taib memberi alasan ‘agama’ apabila memilih untuk menyertai PAS kerana parti PAS itulah yang melacurkan agama Islam di negara ini sehinggakan segala yang haram dihalalkan, segala yang halal diharamkan, bukti yang nyata dinafikan, segala yang salah ditutup asalkan memberi keuntungan politik kepada parti mereka.  

Kita telah pun menerima hakikat bahawa Mat Taib bukanlah seorang yang hebat sangat, tetapi sungguh kita tak sangka yang beliau rupanya hanya setaraf Bob Lokman atau Abby Abadi yang menyangka PAS itu Islam dan Islam itu PAS.  

Apakah bagi Mat Taib, setelah para wanita bertudung, maka segala maksiat, skandal dan salahlaku sesiapa sahaja termasuk pemimpin akan automatik menjadi halal? Tetapi kenapa Mustafa Ali memilih wanita tidak bertudung sebagai ‘teman seperjuangan’ di atas katil? Mungkinkah sekiranya wanita itu bertudung maka automatik penzinaan mereka menjadi halal?   Atau ia sememangnya halal kerana yang melakukannya adalah pemimpin PAS?  

Apapun, terpulanglah kepada Mat Taib untuk menjustifikasikan kepada dirinya sendiri berkenaan pemergiannya ke PAS.

Untuk pengetahuan Mat Taib, ia adalah satu pemergian yang diraikan, sama seperti pemergian Kadir Sheikh Fadzir juga yang terkenal korup dan kotor, dan walaupun rajin turun padang tetapi tidak pernah menunaikan janji.  

Orang begini tidak layak berada di dalam UMNO, mereka hanya layak dibakulsampahkan ke dalam PAS atau PKR atau DAP sahaja.  Jutaan terima kasih kita kepada Mat Taib kerana meninggalkan UMNO. 

1 comment:

  1. Wonderful post but I was wanting to know if you could write a litte more on this topic?
    I'd be very thankful if you could elaborate a little bit more.
    Kudos!

    Also visit my web site - online dating over 50 review

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute