ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 27 April 2013

PRU 13 : TAK PERLU FITNAH ORANG LAIN - USTAZ FATHUL BARI

Oleh : Abdul Razak

Sanglang, 27 April 2013 : "Tidak ada keperluan untuk saya mengkritik atau mencari-cari kelemahan Cikgu Shukri" tegas calon Barisan Nasional bagi kawasan Undangan Negeri N.15 Sanglang, Ustaz Dr. Fathul Bari Bin Mat Jahya.

"Kita tak usah jadikan ianya satu budaya. Jika mereka nak buat, silakan. Namun ISLAM tidak pernah menghalalkan perbuatan berkenaan.". ujarnya ketika ditemui di Markas Operasi BN Simpang Empat, Sanglang, hari ini. 

Beliau menambah, calon PAS berkenaan seharusnya menggunakan ruang dan masa yang ada ketika tempoh berkempen untuk menyampaikan seruan perpaduan dan persaudaraan sesama Islam.

"Mereka seharusnya fokus mengingatkan kembali kepada masyarakat Sanglang mengenai apa yang telah mereka lakukan sepanjang menguasai kawasan ini dan bukannya menabur fitnah demi meraih undi." 

Ujarnya, adalah menjadi satu musibah kepada agama Islam apabila umat Islam tidak lagi bersatu dan gemar memfitnah antara satu dengan yang lain.


No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute