ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 17 April 2013

PRU 13 : USTAZ DR. FATHUL BARI MAT JAHYA GUNAKAN TEMPOH BERKEMPEN UNTUK SINERGI DAKWAH DI SANGLANG

Oleh : Abdul Razak

Kangar, 16 April 2013 : Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran UFB merupakan antara calon termuda yang ditampilkan oleh BN Perlis dalam pilihanraya pada kali ini.

Pengumuman nama calon bagi N15 bagi DUN SANGLANG merupakan hasil transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Najib Razak yang mahukan ulama muda diberikan peluang untuk diketengahkan sebagai calon dalam PRU13 ini.

Ketika ditemui wartawan di sini hari ini, Ustaz Dr. Fathul Bari yang juga merupakan anak kepada mantan Mufti Perlis, Dato' Alim Panglima Haji Mat Jahya Hussin, menyatakan bahawa beliau tidak pernah melobi mana-mana pihak untuk dijadikan calon Barisan Nasional.

"Terus terang saya katakan disinin, saya tidak meminta-minta jauh melobi untuk menjadi calon. Sebaliknya ianya adalah permintaan peribadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk menjadi calon Barisan Nasional dalam kerusi DUN Sanglang." katanya sejurus tamat majlis pengumuman calon BN Perlis bagi kerusi Parlimen dan DUN.

Ditanya mengenai khabar angin yang menyatakan bahawa beliau akan dilantik menjadi menjadi Menteri Besar Perlis sekiranya beliau berjaya menguasai DUN Sanglang, Fathul Bari menafikan kenyataan berkenaan.

"Fokus saya sekarang adalah untuk menggunakan peluang yang ada untuk menyampaikan dakwah sunnah dan mesej perpaduan selain memastikan Dun Sanglang dapat dikembalikan ke pangkuan Barisan Nasional."

Ditanya mengenai klip video seks yang membabitkan orang kanan PAS, Ustaz Fathul Bari menasihatkan kesemua pihak agar berdiam diri dan membiarkan pihak polis menjalankan siasatan.

"Biarkan pihak polis menyiasat kesahihan klip video berkenaan. Kita orang awam usahlah menyibukkan diri dengan klip video berkenaan. Sibukkanlah diri kita dengan majlis-majlis ilmu yang jauh lebih bermanfaat. Seharusnya kita sesama muslim berusaha menjaga keaiban saudaranya, dan bukannya menyibukkan diri dengan menyebar luaskan keaiban berkenaan"

"Kita serahkan kepada ALLAH untuk menilai amal perbuatan mereka" ujarnya.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute