PRU 13 : ZON PENAMPAN SYIAH DI SANGLANG???


Oleh : Abdul Razak

ARAU, 18 APRIL 2013 : Perkembangan mutakhir ini yang menyaksikan kelompok penganut Syiah semakin rakus untuk menonjolkan diri mereka di dalam negara Sunni seperti Malaysia sudah berada di tahap yang membimbangkan.

Penyertaan aktif mereka terutama sekali dalam politik tanah air atas platform pembangkang adalah satu usaha penganut Syiah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai salah satu mazhab dalam ISLAM di Malaysia.

Pada hakikatnya, Syiah bukanlah ISLAM dan ISLAM tidak ada kaitan dengan Syiah. Syiah diasaskan oleh Abdullah Bin Saba', seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk agama ISLAM. Modus operandi Abdullah Bin Saba' adalah untuk menghancurkan ISLAM dari dalam dengan memesongkan pegangan aqidah umat ISLAM, antaranya mengangkat sahabat NABI, Ali bin Abi Thalib melebihi darjat yang ALLAH berikan kepadanya. 

Syiah juga terkenal dengan sifatnya yang suka mengkafirkan sahabat Nabi. Antara yang menjadi mangsa kerakusan fitnah Syiah adalah Abu Bakr, Umar, dan Usman. Malah isteri Nabi dan anak kepada Abu Bakr sendiri; Aisyah difitnah dan dilemparkan dengan pelbagai gelaran yang buruk antaranya 'pelacur'.

Menyedari hakikat ini, Ustaz Fathul Bari merasakan perlu wujud satu zon penampan di Perlis bagi menghalang gerakkan mungkar Syiah di negeri berkenaan.

"Saya rasa perlu wujud satu zon penampan dimana ianya menjadi pusat kepada kajian dan penelitian Aqidah Mungkar Syiah. Saya lihat, masih ramai rakyat Malaysia amnya dan Perlis khasnya kabur dengan penyelewengan Aqidah Syiah," katanya ketika ditemui di Kampung Bongor Kudor, disini hari ini.

Tambahnya lagi Syiah tidak seharusnya diberi ruang dan peluang untuk bergerak aktif dalam negara ekoran sikap penganut agama Syiah yang gemar bertaqiyyah (berpura-pura) dengan ahli sunnah. Malah Ustaz Fathul Bari turut menegaskan, taqiyyah adalah elemen yang perlu dipraktikkan oleh mana-mana individu yang mengaku dirinya Syiah.

"Jadi mana mungkin kita boleh membiarkan mereka yang gemar berpura-pura ini diberi ruang dan peluang di negara Sunni seperti Malaysia? Lihat apa yang terjadi di Bahrain, Iran, Iraq, dan Syria. Syiah tatkala mereka tidak berkuasa, mereka berpura-pura bersama kita, menunjukkan akhlak yang baik, penampilan yang elok. Namun bila mereka sudah mendapat majoriti dan kuasa pemerintahan, mereka mula menunjukkan taring. Perkara ini berlaku di negara-negara berkenaan. Hampir setiap hari Syiah membunuh ahli Sunnah di negara tersebut"

Kebimbangan beliau itu berpunca dari keputusan blok pembangkang yang mahu mengangkat wakil Syiah untuk bertanding dalam satu kerusi Parlimen di Kedah.




"Saya kira ianya adalah satu musibah buat rakyat Sunnah di Malaysia membiarkan kawasan mereka diwakili oleh seseorang yang menganut agama Syiah."

Ditanya mengenai penerimaan rakyat Sanglang terhadap beliau, Ustaz Fathul Bari yang juga merupakan calon BN bagi kawasan berkenaan, menyatakan beliau amat gembira apabila kehadirannya di Sanglang diterima baik oleh masyarakat tempatan.

"Alhamdulillah mereka dapat menerima baik kedatangan saya. Insyallah kita akan majukan Sanglang mengikut panduan Al-Quran dan As-Sunnah." ujarnya.

Post a Comment

0 Comments