ROSMAH PUN ROSMAHLAH!!!

Oleh : Beruang Biru

Pakatan pembangkang sering mengatakan mereka ingin mengajar rakyat erti politk dan sistem demokrasi sebenar dengan mendakwa selama ini kononnya rakyat telah di bodohkan dengan pendekatan kerajaan BN/Umno. Mereka mendakwa pendekatan pembangkang adalah berpolitik secara matang selari dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh dunia luar khususnya barat.

Namun, seperti kebiasaannya, apa yang dikatakan sering kali tersasar dengan perlaksanaan yang dilakukan. Antara hujah yang sering digunakan, kononnya BN/Umno takut untuk berlawan isu dengan pembangkang, maka pendekatan serangan peribadi, pembunuhan karakter (character assassination) sering kali digunakan untuk menyalahkan BN/Umno.

Terbaru isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi dijadikan sebagai modal kempen pembangkang untuk mewujudkan elemen kebencian di hati rakyat. Kalau dahulu mereka melemparkan fitnah terhadap Rosmah berhubung pemilikan cincin, kini portal suarapakatanrakyat mendakwa kononnya hampir 80 peratus kandungan manifesto BN adalah merupakan idea beliau.



Walaupun kebanyakkan rakyat sedar, ia merupakan percubaan jahat pakatan untuk memburukkan beliau, namun apa yang dikesalkan ialah agenda jahat pembangkang untuk mengheret mereka yang tidak berkenaan ke kancah politik. Ini bukan sekadar dakwaan, kerana andai dilihat dari ‘track record’ mereka, puak-puak pencacai ini memang mahir dalam bab seumpama ini.

Contohnya lihat sahaja bagaimana mereka cuba memanipulasikan titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, sehingga menimbulkan kemurkaan baginda baru-baru ini. 

Raja Nazrin bertitah institusi Raja dan takhta pada setiap masa wajib berada di atas politik kepartian, memisah dan menjauhkan diri daripada terlibat secara langsung dalam urusan dan kegiatan politik kepartian.



“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah,” titah baginda.

Persolannya mengapakah isteri kepada Perdana Menteri itu juga turut ingin diseret sama ke kancah politik tanahair? 

Beliau bukan calon BN, jauh sekali menyimpan hasrat untuk menjadi pemimpin di dalam Umno. Jawapanya mudah, pakatan pembangkang percaya dengan memburukan Rosmah, mereka secara tidak langsung akan dapat merosakkan imej Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang pada ketika ini begitu dekat di hati rakyat.

Di masa yang sama, mereka mengharapkan agar pimpinan Barisan Nasional mula merasa ragu dengan keupayaan Datuk Seri Najib memimpin gabungan parti politik terbesar negara.

Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan ini boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak untuk meraih simpati masyarakat. Ia ditambah dengan sokongan rakyat yang dilihat semakin berkurangan terhadap mereka khsusnya kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Atas sebab itu, telah menyebabkan mereka gusar dan takut. Ini kerana tanpa sebarang pendekatan yang menyeluruh bagi mengekang momentum BBN/Umno, impian untuk ke Putrajaya adalah merupakan suatu yang hampir mustahil.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kalau betul idea Rosmah, bertuah sungguh DS Najib mempunyai isteri yang hebat. Betul tak, PM? hehehe

    PRU13 - Najib Pasang Perangkap atau Cari Nahas? di TendangTerajang

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.