ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 5 April 2013

ZULKIFLI NOORDIN GANAS DAN EKSTRIM DENGAN PENGANUT HINDU!!! SIAPA YANG AJAR???



Oleh : Beruang Biru

Sebelum ini sudah beberapa kali melontarkan isu sensitif dengan harapan untuk menggugat sokongan rakyat kepada BN, antaranya isu kalimah Allah S.W.T dan isu hudud, tapi belum pun klimaksnya tercapai alih-alih bahana buruknya terpantul semula ke dahi mereka sendiri.

Demikian halnya yang berlaku dalam isu melibatkan Zulkifli Noordin yang dikatakan telah menghina agama Hindu sebagaimana cuba dipropagandakan oleh PR melalui sebuah klip video pendek yang disiarkan dalam Youtube.

Niat utama PR menyiarkan video tersebut selain untuk memburukkan imej Zulkifli, ia juga bertujuan untuk membunuh imej NGO Perkasa yang dianggotai peguam itu.

Malang bagi PR apabila kebenaran terbukti mengatasi kebatilan bila mana ternyata video itu bukannya ucapan terbaru, sebaliknya ia adalah kuliah agama oleh Zulkifli sewaktu bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu teguh kepercayaan dengan perjuangan PAS.

Ia berlaku sebelum kewujudan PR, sebaliknya saat itu Barisan Alternatif (BA) sedang merudum kejatuhan dan pakatan baru Barisan Rakyat (BR) dalam pembikinan untuk menempuh PRU 12 2008. Harus diingat, Pakatan rakyat (PR) hanya wujud selepas PRU 12.



Tika itu juga Zulkifli adalah peguam bela kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan NGO Perkasa pula belum pun wujud lagi, tapi dalam video yang ditayangkan itu sengaja ditulis tajuk "Zulkifli Nordin (Perkasa) Menghina Agama Hindu" yang jelas menunjukkan motif PR untuk menyembunyikan kenyataan sebenar.

Untuk rekod, Zulkifli adalah ahli PAS dan merupakan pemimpin utama bagi PAS Kawasan Bandar Tun Razak, yang kemudian dipinjamkan kepada PKR untuk mewakili parti anak beranak Anwar di Parlimen Kulim Bandar Baharu pada PRU 12 yang lalu. 



Dua tahun kemudiannya Zulkifli dipecat oleh PKR. Peguam itu ahli PAS tapi PKR pula memecat keahlian Zulkifli sebagai ahli parti, macam mana mereka melakukannya sukar di mengertikan. Parti 69 tunggang terbalik memang unik, sebab itu jangan pelik bila PR memanipulasi pula video Zulkifli.

Jika pembangkang serius mahu membicarakan soal ini dan menentang penghinaan terhadap agama hindu, patutnya Zulkifli tidak akan dicalonkan bertanding mewakili PKR di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, bukan begitu? 

Malah sewajarnya sejak dulu lagi PAS dan PKR meminta maaf atas keterlanjuran Zulkifli. Tapi kenapa sekarang baru sibuk mahu memperkatakannya?

Sebetulnya, punca keterlanjuran yang dilakukan oleh Zulkifli bertahun-tahun dulu sedikit sebanyak berpunca dari tarbiah songsang yang kerap PAS laksanakan. Dan ia mungkin juga dapat dielakkan sekiranya PKR benar-benar serius mahu menangani isu sensitif mengenai agama atau kaum.

Mujurlah Zulkifli tidak melatah sebaliknya sedar dan bersedia mengakui kesilapan dengan memohon maaf kepada penganut Hindu. Ia langkah yang terpuji dan wajar disanjung. Tahniah atas kesedaran, lain kali berhati-hati sebelum mengucapkan sesuatu.

Tapi, sekiranya saat ini Zulkifli masih lagi utuh kepercayaannya kepada ideologi PAS dan masih merupakan wakil rakyat PKR, barangkali beliau akan buat pekak badak selagi jiwa nuraninya bersama PR. 



Kebarangkalian itu besar dan tak mustahil beliau akan mengikut jejak langkah Lim Guan Eng yang sampai sekarang masih berdegil dari memohon kemaafan dengan umat Islam berhubung isu kesucian kalimah Allah S.W.T, tak gitu?

4 comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute