ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 26 May 2013

[FATWA SYAIKH BIN BAZ] HARTA YANG WAJIB DIBAYAR ZAKATNYA

Soalan : Wajibkah membayar zakat emas yang dipakai oleh wanita sebagai perhiasan dan tidak diperjual belikan?
Basyiir A. - Al-Kharaj

Jawapan Shaykh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz : Tentang wajibnya zakat perhiasan wanita yang telah mencapai nisab tetapi tidak untuk diperdagangkan, para ulama berbeza pendapat. Pendapat yang benar adalah wajib untuk dibayar zakatnya ketika sudah mencapai nisab, meskipun hanya sekadar dipakai untuk perhiasan.

Nisab emas adalah 20 mitsqal yang senilai dengan 11 lebih 3/7 pound Saudi. Jika perhiasan emas lebih kecil nilainya dari jumlah itu maka tidak wajib dizakat. Jika untuk diperdagangkan, maka wajib dizakati ketika nilainya sebanding nisab emas mahupun perak. Adapun nisab perak adalah 140 mitsqal atau sebanding dengan wang dirham 56 riyal. Jika perhiasan perak tersebut nilainya kurang dari itu maka tidak ada zakat. Kecuali untuk diperdagangkan, maka wajib dizakati ketika nilainya sebanding dengan nisab emas atau perak.

Dalil akan wajibnya zakat perhiasan dari emas dan perak yang hanya sekadar dipakai untuk perhiasan adalah keumuman hadis Nabi S.A.W ;

"Tiada pemilik emas mahupun perak lalu tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari kiamat akan ditempakan baja dari baja neraka lalu dia diseterikakan dengannya pada bahagian dada, dahi dan punggungnya"

Dan hadis Abdullah Bin Amru Bin Aash Rahimahullah bahawa seorang wanita menemui Nabi S.A.W sedangkan di tangan puterinya ada dua gelang dari emas, lalu baginda S.A.W bersabda;

"Sudahkah engkau tunaikan zakatnya?" Wanita itu menjawab : "Belum". Baginda bersabda "Sukakah kamu jika ALLAH memakaikan gelang kepadamu dengannya pada hari kiamat dua gelang dari neraka?" Wanita itu pun melemparkan kedua gelang tersebut dan berkata: "Keduanya untuk ALLAH dan Rasul-Nya" 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad yang hasan)

Begitu pula dengan keumuman hadis Ummu Salamah Radiyallahuanha bahawa ketika beliau memakai gelang kaki dari emas lalu berkata : "Wahai Rasulullah, apakah ini dikatakan harta simpanan?" Lalu Rasulullah S.A.W bersabda :

"Apa sudah mencapai kadar untuk dizakati lalu dizakati maka bukanlah harta simpanan." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ad-Daruqutni dan disahihkan oleh Al-Hakim). Nabi TIDAK mengatakan bahawa TIDAK ADA ZAKAT untuk perhiasan.

Dan apa yang diriwayatkan oleh Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda :

"Tiada zakat bagi perhiasan"

Adalah hadis dhaif, maka tidak boleh dijadikan bantahan sesuatu yang ada asalnya mahupun hadis-hadis yang sahih. Wallahu waliyut taufiq.

Sumber : Al-Fatawa Juz Awwal, Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz


No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute