ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 18 May 2013

[FATWA SYAIKH BIN BAZ] HUKUM ORANG JUNUB, HAIDH DAN NIFAS MEMBACA AL-QURAN

Soalan : Kami adalah pelajar perempuan di sebuah sekolah. Kami mendapat tugas menghafal satu juz Al-Quran. Kadangkala waktu ujian bersamaan dengan waktu datang bulan. Maka bolehkah kami menulis surat (ayat Al-Quran) di kertas dan menghafalnya?

Khadijah

Jawapan Shaykh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz :

Adalah dibenarkan bagi orang yang haidh mahupun nifas untuk membaca Al-Quran berdasarkan pendapat ulama yang paling sahih. Ini kerana, tidak ada dalil yang kuat menunjukkan adanya larangan terhadap hal itu. Akan tetapi tidak boleh menyentuh mushaf. Hendaknya yang haidh atau yang nifas memegangnya dengan pembatas seperti kain yang suci dan semisalnya. Dibolehkan pula menulis Al-Quran di atas kertas jika ianya diperlukan.

Adapun orang yang junub, maka dia tidak boleh membaca Al-Quran sebelum mandi. Kerana telah disebutkan larangan tentang itu dalam hadis yang sahih. Tidak boleh mengqiaskan orang yang haidh atau nifas dengan orang dalam keadaan junub, kerana waktu keduanya untuk suci adalah lebih lama daripada junub. Orang junub dengan mudah untuk segera mandi setiap saat setelah junub. 

Wallahu waliyut taufiq

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute