JIKA CINA NAK HAK SAMA RATA DENGAN ORANG MELAYU, MEREKA PERLU BERSEDIA MENERIMA PENYATA BARNES 1950!

Oleh : Institut Peradaban Melayu

Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri.

Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan supaya kaum Melayu patut dibantu "... untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu, ... untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950).

Laporan Barnes mengajukan suatu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua rakyat.  Selain daripada cirinya yang multietnik itu, ciri-ciri utama Sekolah Kebangsaan itu adalah seperti berikut:

a. Sistem itu menyediakan pendidikan rendah yang percuma bagi semua kanak-kanak daripada berbilang kaum etnik yang berumur di antara enam hingga dua belas tahun;

b. Sistem itu juga bertujuan menghasilkan kanak-kanak yang dwibahasa, terdidik dalam bahasa Inggeris dan Melayu ... yang kemudiannya akan menyambung pengajiannya pada peringkat menengah dan tinggi dalam aliran Inggeris"  (Barnes, 1950: 20).

Cadangan ini bermaksud semua sekolah rendah menjadi satu jenis sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan, atau sekolah Melayu.  Dengan itu, Jawatankuasa Barnes dapat dikatakan memberi pemikiran yang agak serius terhadap pemersatuan bangsa melalui bahasa.

Pada peringkat darjah tiga, "... bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu, dan akhirnya murid-murid akan menjadi dwibahasa pada peringkat umur dua belas tahun ... sehingga mereka bolehlah menuturkan kedua-dua bahasa sepadan dengan umur mereka" (Barnes 1951).

Pelaksanaan perakuan-perakuan ini bermaksud bahawa murid-murid Cina dan India perlulah menggugurkan bahasa ibundanya, dan masuk ke sekolah Melayu, tetapi bukanlah sekolah Melayu dalam erti kata sekarang.

Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu sedar bahawa cadangan sistem itu akan menjadi lemah, jika setiap kaum etnik Cina, India dan juga Melayu terus mahu mengadakan sekolah rendah mereka sendiri berasingan daripada usaha kerajaan.

Masyarakat Cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap ia akan membunuh bahasa Cina. Isu ini menjadi hangat diperdebatkan dalam akhbar harian pada masa itu.

Walaupun sistem sekolah itu lebih banyak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu, guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris juga menetangnya dan menunjuk perasaan.  Mereka menyedari bahawa perakuan itu juga akan membunuh bahasa Melayu dan hanya menghidupkan bahasa Inggeris (Straits Budget, 18 November 1952)


Post a Comment

0 Comments