PASCA PRU 13 : DITUDUH KOMUNIS - PSM NAK SERANG HADI AWANG?

Oleh : Beruang Biru

Isu pertindihan kerusi antara parti PAS dan PKR dalam PRU 13 sudah diselesaikan secara SERABUT. Kenyataan terbaru daripada Presiden PSM menunjukkan wujud kecelaruan antara pucuk pimpinan PKR dan PAS dalam menyerahkan watikah pencalonan kepada calon untuk DUN Kota Damansara.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sewaktu membuat sidang media di Kota Damansara telah menuntut Hadi Awang menjelaskan dakwaannya mengenai calon PKR yang terlibat dengan ideologi "Komunisme". Mohd Nasir Hashim, Presiden PSM telah menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan Hadi Awang yang merujuk kepada PSM terlibat dengan ideologi "Komunisme".

Kenyataan Hadi itu juga membuatkan kepimpinan PSM naik berang. PSM juga mahu Hadi Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. 

PAS seharusnya lebih tegas dalam hal ini dan memberi kata dua kepada Pakatan  Rakyat sama ada memilih mereka atau PSM. Ini kerana kepimpinan PAS menolak fahaman komunisme dalam PR, yang mana sebelum ini Mat Sabu dengan jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan Mat Indera membunuh tentera Melayu di Bukit Kepong.

Hadi juga seharusnya membuat pencerahan berhubung perkara itu, dengan menyatakan pendirian Majlis Syura Ulamma PAS apakah hukumnya bekerjasama dengan mereka yang berfahaman komunisme yang terang-terang menolak amalan agama dan bertentangan dengan hukum  Islam.

Kita sama-sama nantikan langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh PSM. 

Post a Comment

0 Comments