ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 13 May 2013

PASCA PRU 13 : KEMPUNAN NAK GALI PETROL DI PUTRAJAYA, KEMPUNAN JUGA NAK JADI MB KAT KELANTAN. HUSAM YANG MASAM


Oleh : Beruang Biru

Dulu sikit-sikit Husam, pandang kanan Husam, toleh kiri Husam juga yang dicarinya. Pantang celik mata otak keliru tak tahu cara penyelesaian maka Husamlah yang menjadi rujukan Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun sekian lama yang menjadi Menteri Besar Kelantan adalah dirinya.

Demikianlah betapa bernilainya Husam Musa di mata Nik Aziz sehingga digelarnya sebagai budak cerdik dan pintar sehingga akhirnya tiada siapa pun di kalangan pemimpin PAs berani menjentik kesilapan Husam walau sekelumit pun.

Tapi sekarang, serentak dengan perletakan jawatan Nik Aziz sebagai MB Kelantan dibawanya bersama Husam apabila MB yang baru, Ahmad Yaakob enggan mempertahankan kedudukan Husam sebagai Exco Kanan dengan alasan gagal mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Malang betul nasib Husam, sudahlah tewas teruk dalam PRU-13 baru-baru ini di Parlimen Putrajaya ditambah pula tak dapat menjadi MB dan hilang pula jawatan Exco Kanan, satu demi satu bahana menimpa bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Husam yang menyedari jalan politiknya kian berliku nampaknya sukar menerima keadaan ini, mungkin disebabkan itulah dikerahkan ahli PAS DUN Salor untuk bangkit memprotes secara terbuka terhadap MB Kelantan yang baru dengan harapan manalah tahu kot mendapat perhatian ahli PAS yang lain.

Tapi sekali lagi malang menimpa Husam, hanya beberapa kerat saja yang sanggup berkumpul tanda menyokongnya menjadikan himpunan bantahan itu bagai mencurah air ke daun keladi tak meninggalkan sebarang kesan yang signifikan.

Akhirnya kelak, jika keadaan ini berterusan, silap gaya Husam akan terkontang kanting keseorangan sampailah pemilihan P+AS yang akan datang dan bakal ditendang pula dari jawatan Naib Presiden parti.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute