ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 4 May 2013

PRU 13 : CALON DAP PEROGOL....ROGOL APA?

Oleh : Beruang Biru 

Selama ini, DAP cuba menggambarkan imej parti mereka sebagai bersih, berintegriti, cekap, bijak dan prihatin bukan sahaja terhadap rakyat, tetapi juga alam sekitar. DAP juga merupakan ‘juara’ dalam menentang kilang Lynas di Kuantan, kerana kononnya ia mencemarkan alam sekitar dan membahayakan binatang dan manusia. Melalui sebuah organisasi yang diberi nama Himpunan Hijau, DAP telah mengadakan demonstrasi termasuk kempen dengan cara mogok lapar dan berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur kononnya bagi membangkitkan kesedaran rakyat agar menentang Lynas.  

Tidak cukup dengan itu, DAP juga menggunakan semua media-media berbahasa Cina dan juga media milik pembanngkang untuk menyeru rakyat agar menentang Lynas. Begitulah hebatnya DAP memperjuangkan alam sekitar – kononnya.  

Namun, akhir-akhir ini penentangan terhadap Lynas telah tidak kedengaran lagi. Malah dalam beberapa ceramah pembangkang, pemimpin mereka sendiri seolah-olah memberi isyarat yang Lynas akan dibenarkan beroperasi jika PR menang.  

Bukan itu saja, yang lebih mengejutkan, watak ‘hero alam sekitar’ dalam isu Lynas, iaitu Wong Tack, yang bertanding atas tiket DAP di Bentong, kini terdedah sebagai seorang ‘perogol alam sekitar’.   

Wong Tack merupakan seorang usahawan kelapa sawit.  Syarikatnya, Marvellous Resources Sdn Bhd telah lama mengusahakan kelapa sawit di atas 1,000 ekar tanah milik keluarganya.  

Jika mengikut piawaian alam sekitar yang diletakkan oleh Wong Tack, DAP dan PR, maka perladangan kelapa sawit itu sendiri adalah salah. Ini kerana, ladang kelapa sawit yang sebegitu luas merupakan antara sasaran pertubuhan alam sekitar antarabangsa yang menganggapnya sebagai ancaman kepada habitat dan kehidupan Orang Utan yang diancam kepupusan.     

Pertubuhan Alam Sekitar menyalahkan kepupusan binatang itu atas aktiviti perladangan  kelapa sawit yang memusnahkan hutan, iaitu habitat semulajadi Orang Utan. Adalah dilaporkan bahawa 90% daripada habitat binatang itu di Asia Tenggara, terutama di Malaysia dan Indonesia telah terhapus dalam masa 20 tahun kebelakangan ini. Peralatan canggih dan aktiviti pembakaran untuk memusnahkan hutan dan menyediakan batas tersusun untuk pokok-pokok kelapa sawit turut dikecam sebagai mencemarkan alam sekitar.  

Pertubuhan-pertubuhan ini juga menuduh aktiviti perladangan kelapa sawit sebagai kejam kerana memaksa orang asli berpindah, atau bekerja di ladang tersebut dengan gaji yang amat murah. Selain itu, mereka juga menuduh bahawa perladangan kelapa sawit di rantau ini sering menggunakan baja dari bahan kimia yang merbahaya.  

Syarikat Wong Tack juga dikatakan pernah menerima amaran dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar kerana gagal menepati syarat dari segi perancangan tanam semula dan penebangan kelapa sawit.  

Dalam membela diri, Wong Tack menafikan bahawa beliau menggunakan sebarang bahan kimia merbahaya di dalam ladangnya. Namun, penafian lisan beliau tentulah tidak meyakinkan. Lebih-lebih lagi apabila Wong Tack menyatakan yang beliau tidak pernah menyembunyikan hakikat pemilikan ladang tersebut sedangkan pemilik ladang kelapa sawit rata-ratanya langsung tidak tahu mengenainya. Menurut mereka, laporan mengenai pemilikan ladang yang begitu luas oleh Wong Tack sebenarnya adalah berita yang mengejutkan bagi mereka. Jika benar beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan, kenapakah tiada siapa yang tahu mengenainya?

Nampaknya, setelah PR sendiri terbukti sebagai hipokrit dalam isu alam sekitar di mana mereka mengambil sikap U-Turn dalam isu Lynas, kini, hero alam sekitar mereka juga turut terbukti sebagai hipokrit tahap pertama kerana beliau sendiri rupanya seorang perogol alam sekitar.  

Mungkin Wong Tack perlu kembali saja ke Kanada di mana beliau pernah mendapat taraf Penduduk Tetap di sana serta tinggalkan saja kerjaya politik atau pelakon utama sebagai hero alam sekitar, kerana terbukti beliau tidak layak pun bercakap mengenainya. 

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute