PRU 13 : ISU HUDUD - PAKATAN BERBEZA HALUAN, NAMUN MASIH NAK SALAHKAN UMNO

Oleh : Beruang Biru

Seperti biasa, apabila menjelang pilihan raya, Pas akan memainkan semula isu sensasi mereka iaitu HUDUD. Isu hudud isu wajib Pas waktu pilihan raya. Habis pilihan raya semua senyap. Sepanjang kempen pilihan raya ini mereka akan menjaja cerita Umno tolak hudud. Tetapi Umno sebenarnya menolak hudud yang diperjuangkan oleh Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu.

Hukum hudud yang dibawa PAS tidak seimbang dan cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini. Di bawah hudud PAS, orang Islam yang mencuri akan dipotong tangan tetapi kalau yang bukan Islam hanya akan dipenjarakan sahaja. Di mana keadilannya?

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din tentang rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat. Karpal Singh terus membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan konflik.

Karpal dengan lantang menempelak PAS berkata, keputusan DAP yang sebelum ini untuk menggunakan logo PAS tidak bermakna mereka bersetuju untuk menerima hudud. Pengenalan hukum hudud PAS di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini sangat sukar untuk dilaksanakan di dalam negara yang berbilang kaum. 

Ianya sekali gus akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jiaka ianya melibatkan kes orang Islam dan bukan Islam tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza. Bukan sahaja rakan pakatan dari DAP, malah PKR juga turut menolak undang-undang hudud PAS dari terus dilaksanakan.

Tan Sri Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara berbilang bangsa & agama seperti Malaysia.

Tindakan Khalid yang berkata persetujuan seluruh rakyat Malaysia diperlukan untuk melaksanakan hudud PAS membayangkan hudud PAS tidak mungkin akan dilaksanakan walaupun mereka memenangi pilihan raya. 

Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin ketara menjelang hari pembuangan undi. PM Najib menjelaskan bahawa perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.

Post a Comment

0 Comments