ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 20 June 2013

ARAB SAUDI AKAN USIR RAKYAT LEBANON JIKA DIDAPATI MENYOKONG HIZBUSYAITAN (HIZBULLAH)


LUBNAN, 20 Jun - Duta Arab Saudi ke Lubnan, Ali Awad Assiri berkata, kerajaan Arab Saudi akan mengusir mana-mana rakyat Lubnan yang didapati menyokong kumpulan militan Hizbullah.

Kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan keras ini ekoran pembabitan Hizbullah yang memberi bantuan kepada kumpulan kerajaan Syiah dibawah pemerintahan Bashar Al-Assad yang telah membunuh beratus-ratus ribu rakyat dari kaum Sunnah.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemubual dalam satu wawancara bersama  Lebanon's Future TV, pada hari Rabu yang lalu.

Namun beliau enggan menjelaskan bila proses pengusiran itu akan dijalankan.

Arab Saudi merupakan penyokong kuat kepada kumpulan penentang Sunni Syria yang kini sedang berjuang menghancurkan pemerintahan Syiah Bashar Al-Assad.

Walaupun kaum Sunnah merupakan kaum majoriti di Syria, namun kuasa pemerintahan berada di dalam tangan Syiah Alawi yang diimani oleh penyokong Bashar Al-Assad

Dalam masa yang sama, kumpulan pengganas Syiah, Hizbusyaitan (Hizbullah) telah memainkan peranan penting dalam membantu kemenangan rejim Syiah Bashar baru-baru ini.

Mereka telah membantu tentera Bashar dalam menawan kembali bandar Qusayr, yang terletak di sempadan Lubnan.

Sumber : Al-Jazeera

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute