ARAB SAUDI POTONG 20% KUOTA JEMAAH HAJI SELURUH DUNIA + VIDEO PENERANGAN PROJEK PEMBESARAN KOMPLEKS MASJIDIL HARAM

Oleh : Abdul Abdul Ghafour

JEDDAH - 16 JUN 2013 : Kerajaan Arab Saudi menggesa jemaah tempatan dan asing yang merancang untuk melaksanakan ibadah haji pada tahun ini agar menangguhkan rancangan mereka ekoran kerja-kerja perluasan kawasan Masjidil Haram sedang berlansung dengan rancaknya. 

Gesaan ini dilakukan bagi mencegah kesesakan dan rempuhan yang timbul ekoran dari penambahan bilangan jemaah haji selain memastikan keselamatan para jemaah yang melaksanakan ibadah haji sentiasa terjamin. 

Untuk tahun ini, pihak berkuasa Arab Saudi telah membuat keputusan untuk mengurangkan visa haji dari negara asing sebanyak 20 peratus dan 50 peratus bagi rakyat tempatan.

Tindakan dan keputusan kerajaan Arab Saudi ini juga dari Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh yang melihat permintaan Kerajaan Arab Saudi itu diambil atas dasar ingin menjaga kepentingan dan keselamatan orang awam.

Dalam siri pengumuman melalui saluran televisyen Al-Quran, yang disiarkan dari Makkah, Kerajaan Arab Saudi telah menasihatkan jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah tahun ini untuk agar dapat menangguhkan rancangan mereka. Ini bagi mengurangkan kesesakan yang timbul di Masjidil Haram.



"Dengan pengumuman ini diharapkan kesemua pihak dapat menerima kenyataan bahawa Kerajaan Arab Saudi tidak pernah menghalang sesiapapun untuk melaksanakan ibadah haji bagi tahun ini. Namun diharapkan mereka dapat menangguhkan hasrat mereka itu bagi mengelakkan kesesakan." ujar Saeed Al-Qurashi, Ahli Jawatankuasa haji & Umrah di Dewan Perdagangan dan Industri Makkah.

Beliau turut memaklumkan mataf (kawasan Tawaf di sekitar Kaabah) kini hanya boleh menampung kira 39,000 jemaah dalam satu-satu masa. 

"Sebaik sahaja projek perluasan mataf itu selesai, kawasan berkenaan akan mampu menampung 130,000 jemaah haji dalam tempoh masa yang sama."

"Jadi, kami mengharapkan adalah lebih baik jika para jemaah dapat menangguhkan hasrat mereka sehingga tahun hadapan atau meneruskan hasrat mereka setelah dua tahun tahun berikutnya. Dengan itu, apabila projek ini siap kelak, mereka dapat melakukan ibadah mereka dengan mudah," jelas Saeed Al-Qurashi.



Hatem Qadi, Timbalan Menteri Haji dan jurucakap Kementerian Haji Arab Saudi, turut menekankan keperluan pihaknya untuk mengurangkan bilangan jemaah dari luar negara dan domestik pada tahun ini.

"Tempoh untuk mengurangkan sementara jumlah bilangan jemaah tidak melebihi jangkauan sehingga dua tahun," katanya.

Qadi turut memetik kenyataan Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi yang menyatakan keputusan yang diambil oleh kerajaan adalah untuk faedah berterusan buat semua jemaah.

Dalam pada tu, Mohammed Noor Rahman Sheikh, Konsul India bagi urusan haji berkata, negara itu akan menghantar lebih daripada 170,000 permohonan visa untuk jemaah haji tahun ini. 

"Kami telah dimaklumkan mengenai rancangan kerajaan Arab Saudi itu. Namun masih berharap permohonan kami dapat diluluskan demi kepentingan bakal jemaah haji dari India."

Sumber : Arab News

Post a Comment

0 Comments