BIASISWA UNTUK PELAJAR BENUA AFRIKA

Oleh : Jamaluddin Muhammad (Bernama)

DAR ES SALAAM (Tanzania), 30 Jun 2013 - Dalam usaha terbaharu Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global.

Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis malam malam Rakan Bestari Global di sini malam tadi bahawa Limkokwing University of Creative Technology menawarkan biasiswa itu.

Tujuh belas negara Afrika menyertai dialog itu, satu platform bagi ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains dan ahli akademik untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.

Najib berkata universiti itu mempunyai tiga kampus di Lesotho, Botswana dan Swaziland dan merancang untuk membuka satu lagi kampus baharu di Tanzania.

Post a Comment

0 Comments