BILA HAMKA BERBICARA MENGENAI WAHABI

Oleh : Abu Aslam Benny bin Syahmir bin Marbawi

Berikut merupakan tulisan Prof. Dr. Hamka dari salah satu bukunya yang bertajuk “Dari Perbendaharaan Lama”[1] , di mana beliau ada membicarakan mengenai Wahabi. [2][3]

Mari kita baca hasil tulisan Hamka yang berikut ini berikut ini : Beliau menulis[4] : 

“Pada zaman Amangkurat IV, dengan kehendak Belanda, diusirlah beberapa Mubaligh Wahabi yang datang ke Jawa yang hendak mengajarkan ISLAM YANG BERSIH kepada penduduk. Bahkan Amangkurat sendiri pun tertarik pada ajaran itu. Begitu pun keturunannya Pangeran Abdul Hamid Diponegoro, terang-terang hendak mendirikan Kerajaan Islam, dengan beliau sendiri menjadi Amirul Mukminin di Tanah Jawa. Beliau menggantikan pakaian Jawa Lama dengan jubah dan serban. Maksud [Impian] beliau nescaya akan berhasil, seandainya Kompeni [Belanda] tidak campur tangan.”5

Di halaman 62 beliau [Hamka] menulis tentang Tuanku Imam Bonjol [6] :

“Dia mencampungkan[melibatkan] diri ke dalam gerakan [memerangi] Paderi, setelah sampai seruan Tuanku Nan Renceh dari Kamang ke Bonjol. Dan Tuanku Nan Renceh menerima pula pelajaran itu daripada tiga Tuanku yang pulang dari Makkah, membawa pokok pelajaran Tauhid yang suci bersih, menurut pandangan Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab (Wahabi).”[7]

Di halaman 96 beliau[Hamka] menulis[8] :

“Ketakutan Belanda itu bertambah lagi kerana pada abad ke 19 sudah datang gerakan agama ISLAM yang langsung dari Makkah, menggerakkan umat Islam dan membangkitkan semangat Tauhid di alam Minangkabau.

Belanda lebih tahu daripada orang Minangkabau sendiri apa ertinya Islam yang murni. Belanda telah mendapatkan nasihat dari ahli-ahli Orientalis mengenai [bahayanya] semangat ISLAM yang tulen. Melihat bahawa kemajuan gerakan ISLAM yang timbul di Padang Darat itu akan sangat berbahaya bagi rencana [Belanda] menakluki seluruh Sumatera. Belanda telah pun mengetahui bahawa gerakan 'Wahabi' di Tanah Arab telah menjalar ke Minangkabau itu, boleh membakar dan menghanguskan segala rencana penjajahan mereka. Bukan sahaja di Minangkabau atau Sumatera, bahkan di seluruh Nusantara ini.”[9]

Rujuk :

1. Buku “Dari Perbendaharaan Lama” karya Prof. Dr. Hamka, certakan III, Penerbit Pustaka Panjimas.

2. Buku “Dari Perbendaharaan Lama” adalah buku yang bertemakan sejarah. Di beberapa tempat di dalam buku ini, Buya Hamka membahas tentang wahabi.

3. Di zaman kita ini, kata “wahabi” adalah julukan bagi kaum muslimin yang berpegang teguh kepada al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush-Shalih. “Wahabi” adalah julukan yang diberikan kepada kaum muslimin yang mendakwahkan tauhid, melarang kesyirikan, mengajak kepada sunnah, anti kepada bid’ah.

4. Buku “Dari Perbendaharaan Lama” halaman 34.

5. Sampai di sini tulisan Buya Hamka.

6. Buku “Dari Perbendaharaan Lama”.

7. Sampai di sini tulisan Buya Hamka.

8. Buku “Dari Perbendaharaan Lama”.

9. Sampai di sini tulisan Buya Hamka.

Post a Comment

0 Comments