ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 28 June 2013

CEDERAKAN PETINJU NEGARA, SEORANG ANAK KENAMAAN DAN DUA RAKAN DIHUKUM PENJARA

Oleh : Bernama

Johor Bahru, 28 JUN 2013 - Anak seorang kenamaan dan dua rakannya dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah mencederakan petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron pada tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa mulai hari ini selepas menolak permohonan pihak pembelaan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28; Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd Arif Husin, 36, dituduh menyebabkan kecederaan parah ke atas Muhamad Farkhan, 25, menggunakan senjata tumpul di antara pukul 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei tahun lalu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Norman Fernandez, Mohd Abdul Kadir, Zamri Idros dan Mazri Muhamad. 

Terdahulu, Muhamad Farkhan dipanggil untuk memberi 'Pernyataan Kesan Terhadap Mangsa' di mahkamah, mengenai kesan kejadian itu ke atas dirinya.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute