DSA 2014 DILANCARKAN DI WISMA ANGKATAN TENTERA

Oleh: Pbt Fatin Izzati Amir 

Kuala Lumpur, 26 Jun 2013 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-14 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Pameran yang dijadual diadakan pada 14 hingga 17 April tahun depan ini akan menjadi satu platform yang besar dalam industri pertahanan dan keselamatan. Disamping membolehkan agensi kerajaan untuk mendapatkan pelan yang strategik ia turut membantu untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang baik antara negara yang terlibat.

Pameran DSA Ke-14 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan sebagai pameran pertahanan dan keselamatan antara lima terbesar di dunia, paling besar di Asia, sehingga hari ini 80 peratus ruang pameran DSA 2014 telah berjaya dijual. Berdasarkan perkembangan tersebut dijangka dapat menarik 1,000 pemain utama industri pertahanan dari 50 buah negara.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Pengerusi DSA Exhibition and Conference Sdn. Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Post a Comment

0 Comments