EKS HELANG GAGAH 2/2013

Oleh: PR Tentera Darat

Kluang, 25 Jun 2013 - Tentera Darat Malaysia dan Pasukan Tentera Udara Perancis telah melaksanakan Eks HELANG GAGAH 2/2013 bermula pada 15 Jun hingga 24 Jun 13 melibatkan kawasan sekitar Kluang.

Eks HELANG GAGAH 2/2013 adalah kesinambungan dari Eks HELANG GAGAH 1/2010 yang berlangsung pada tahun 2010. Ia merupakan eks bilateral iaitu latihan gabungan bersama dua hala antara PUTD (Pasukan Udara Tentera Darat) dan French Army Aviation dari unit sokongan Kapal LHD TONNERE iaitu 3rd Combat Regiment, melibatkan seramai 30 anggota terdiri dari juruterbang dan krew. Eks ini telah dipersetujui pelaksanaannya melalui Military Cooperation Working Group (MCWG) Malaysia dan Peranchis.

Eks adalah bertujuan untuk melatih juruterbang TD di dalam aspek penerbangan taktikal siang dan malam. Eks ini menumpukan kepada perlaksanaan misi penerbangan taktikal siang dan malam yang merangkumi tinjauan udara (Air Reconnaissance), MEDEVAC, VIP Mission, Close Combat Action (CCA), Attack dan Air Mobile Operation.

Terdahulu, Mej Jen Dato' Abd Samad bin Hj Yaakob, Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan hadir menyempurnakan acara penutup Eks. Turut hadir Jen Olivier Gourlezz De La Motte, Chief of French Army Aviation.

Post a Comment

0 Comments