ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 12 June 2013

[INFO ISLAM] ADAKAH WUJUD MAKHLUK SEBELUM PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI?

Oleh : Ustaz Muhammad Fashan (Mahasiswa Universiti ISLAM Madinah)

Sebelum penciptaan langit dan bumi Allah telah menciptakan air,'Arasy,Kursi dan Qalam(pena)

Maksud 'Arasy dari bahasa arab setiap sesuatu binaan meninggi dari sesuatu tempat,dikatakan singgahsana raja disebut 'Arasy.Rujuk Surah Yusuf ayat 100 dan An-Naml ayat 23.
[ Maqayiis Al-Lughah 4/264 ]

Dalil wujudnya 'Arasy sebelum penciptaan lagit dan bumi sangat banyak antaranya,firman Allah Ta'ala:

وهو الذي خلق السماوات والأرض في ستة أيام وكان عرشه على الماء 

"Dan Dialah yg menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,dan adalah ArasyNya di atas air" [ Huud:7 ]

فتعالى الله الملك الحق لا إله إلا هو رب العرش الكريم

"Maka Maha Tinggi Allah,Raja yang sebenarnya.Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.Tuhan yang mempunyai 'Arasy yang mulia"
[ Al-Mukminun:116 ]

Sabda Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:

كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة قال وعرشه على الماء 

"Allah telah menulis taqdir(ketetapan) makhluk-makhluk sebelum Dia Menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun katanya dan 'ArasyNya di atas air"
[ Shahih Muslim ]

Sabda Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:

أول ما خلق الله القلم فقال له اكتب قال رب وماذا أكتب؟.قال:اكتب مقادير كل شيء حتى تقوم الساعة 

"Awal perkara setelah Allah menciptakan Al-Qalam(pena),Allah memerintahkan kepadanya: "Tulislah!!" Lalu katanya:"Wahai Tuhanku,apa yang hendak aku tulis?" Kata Allah: "Tulislah segala taqdir(ketetapan) sesuatu sehingga berlakunya kiamat"
[ Sunan Abi Daud no:4700:shahih ]

Adapun kewujudan Kursi pula dalilnya,firman Allah Ta`ala:

وسع كرسيه السماوات وما في الأرض 

"Kursi Allah meliputi langit dan bumi.." [ Al-Baqarah:255 ]

Kata Al-Imam Ibnu Jarir At-Tabari(wft310H)-rahimahullah-

Sesungguhnya Allah telah menciptakan selepas Qalam(pena) Kursi,kemudian selepas Kursi 'Arasy kemudianDia mencipta selepas itu udara dan kegelapan.Kemudian Dia mencipta air dam meletakkan 'ArasyNya di atas air".
[ Rujuk Al-Bidayah wa An-Nihayah 1/9 ]

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute