ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 15 June 2013

ISU SYIAH DALAM PAS : TOKSAH CAKAP BANYAK...LUCUTKAN JAWATAN MAT SABU TU DAHULU!!!

Oleh : Jebat

Kami mengalu-alukan Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu melihat pengikut PAS khasnya dan masyarakat Malaysia amnya untuk bersama-sama mengekang penularan virus aqidah Syiah dikalangan umat Islam.

Katanya, masyarakat ISLAM di Malaysia perlu menjaga dan mengukuhkan pengangan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah bagi mengelakkan kesan buruk sepertimana yang berlaku di Suriah (Syria).

Walaupun kenyataan ini boleh dikira positif, namun kami masih lagi menunggu tindakan yang tegas diambil oleh kepimpinan PAS dalam partinya. Ini kerana, ucapan seperti ini bukanlah kali pertama yang pernah disebutkan oleh kepimpinan parti yang kuat mengatakan mahu mengantikan UMNO pada PRU13 yang lalu. Sebaliknya sarana untuk menyekat pengaruh Syiah dalam PAS sudah diucapkan berpuluh-puluh tahun yang lalu...

Namun pada aspek tindakan? Jawapannya tidak ada. Malah pemimpin yang dipercayai lagi diyakini mempunyai pengaruh SYIAH pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Maka dengan ini, kami ingin menyeru kepada PAS, agar tidak usah bersandiwara dalam isu Syiah. Sudah-sudahlah isu Hudud kalian permainan sepanjang PRU13 yang lalu. Jika nak buat, buat segera tanpa perlu mewar-warkan terlebih dahulu. Apalah guna bercakap bagai nak rak, tapi tindakan tak ada apa-apa.

Siri PAS cakap tak serupa bikin....Cakap tolak SYIAH tapi terima plak... Tah apa-apa!!!






Bukti SYIAH ganti PAS.





Nasihat dari Ustaz Dr. Fathul Bari mengenai Syiah dalam PAS.



Jadi kepada PAS.... KONSISTEN LAA SIKIT bila bercakap tu...Jangan kejap ada, kejap tak ada... Kejap boleh... Kejap tak boleh...

3 comments:

  1. apa la admin ni, lebih baik bg artikel yg bermanfaat la! ni x bermanfaat langsung, mebuatkn kita jauh dr agama saja. diorang tu Ahli Sunnah bukan syiah, artikel ni fitnah dan memecah belahkan ummah. ada apa la dgn politik. bukankh system yg kita pakai dmalaysia ni system yahudi. x sedarkah kita.?

    ReplyDelete
  2. setuju! entah apa2 punya artikel.. mcm one sided je, helo admin TGNA tu bukan syiah pon..

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute