ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 19 June 2013

JAIS MULA SIASAT MARKAS PENGKAFIR SAHABAT NABI DI KLANG!!!

Dipetik dari : Berita Harian (2013/06/19 - 06:04:31 AM)

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan kumpulan dipercayai pengikut fahaman Syiah yang bergerak aktif mengamalkan ajaran mereka di sebuah markas di Klang. 

Penolong Pengarah (Syariah, Perundangan dan Kesalahan) Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, berkata pihaknya sudah mengesan dan meneliti klip video membabitkan amalan kumpulan terbabit. 
Katanya, tindakan susulan akan diambil berhubung perkara berkenaan terutama selepas Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang yang dimuat naik menerusi laman sosial YouTube. 

Tindakan tegas akan diambil jika hasil siasatan mendapati wujud cubaan menyebarkan fahaman Syiah, termasuk kegiatan mengedar risalah jemputan menghadiri majlis mereka dengan tujuan merekrut ahli baru, katanya ketika dihubungi, semalam. 

Klip video yang mula tersebar termasuk selepas dimuat naik menerusi oleh beberapa individu dalam laman Facebook, memaparkan cara kumpulan itu melaungkan iqamah, mengangkat takbir, cara bersalam dan selawat yang nyata berbeza dengan kebiasaan dilakukan pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAISsiasatmarkasSyiahdiKlang/Article/

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute