JAWAPAN KEPADA PERSOALAN : JIKA SYIAH ITU BUKAN ISLAM, KENAPA MEREKA MASIH DIBENARKAN MEMASUKI TANAH SUCI?

Oleh: AM Waskito.
Alih bahasa dari Bahasa Melayu versi Indonesia kepada Bahasa Melayu versi Malaysia oleh : UKT

“Kalau memang Syiah dianggap sesat dan bukan sebahagian dari Islam, mengapa Pemerintah Saudi masih memperbolehkan kaum Syiah menunaikan Haji ke Tanah Suci?” 

Dan ternyata, kata-kata serupa itu diguna pakai oleh Prof. Dr. Umar Shihab, TOKOH SYI'AH YANG MENYUSUP ke lembaga Majlis Ulama Indonesia MUI Pusat. Ketika kaum Syiah terdesak, mereka akan mengemukakan kalimat pembelaan yang sama. “Kalau Syiah dianggap sesat, mengapa mereka masih boleh berhaji ke Tanah Suci?”

Maka ramai dikalangan kaum sunni yang juga merasa pelik dan hairan mengapa kaum Syiah masih boleh masuk ke Tanah Suci, baik Makkah Al Mukarramah mahupun Madinah Al Munawwarah?

Jadi apa jawapan sebenarnya?

► PERTAMA : 

Sebaik-baik jawapan ialah Wallahu a’lam. Hanya Allah yang tahu sebenar-benar alasan di balik kebijakansanaan Pemerintah Saudi memberikan tempat bagi kaum Syiah untuk menziarahi Makkah dan Madinah.

► KEDUA :

Dalam Mazhab Syiah terdapat banyak golongan-golongan. Di antara mereka ada yang lebih dekat ke golongan Ahlus Sunnah (iaitu Syiah Zaidiyyah - meskipun sebahagian ulama sudah mengatakan Syiah Zaidiyyah sudah tergolong sesat dengan Syiah yang lainnya, ada yang moderat kesesatannya, dan ada yang ekstrim (seperti Imamiyyah dan Ismailiyyah). Terhadap kaum Syiah ekstrim ini, rata-rata para ulama tidak mengakui keislaman mereka.

► KETIGA :

Usia Mazhab Syiah sudah sangat tua. HAMPIR setua usia sejarah Islam itu sendiri. Tentu cara menghadapi mazhab seperti ini berbeza dengan cara menghadapi Ahmadiyyah, aliran Lia Eden, dan lain-lain. Bahkan Syiah sudah mempunyai sejarah sendiri, sebelum kekuasaan negeri Saudi dikuasai Dinasti Saud yang berfahaman Salafiyyah. Malah sebelum Dinasti Ibnu Saud berdiri, kaum Syiah sudah pun masuk ke Makkah dan Madinah. Ibnu Hajar Al Haitsami penyusun kitab As Shawaiq Al Muhriqah, memperingatkan bahaya mazhab Syiah yang di masanya banyak muncul di Kota Makkah. Padahal kitab ini termasuk kitab turats klasik, yang sudah ada wujud SEBELUM ERA Dinasti Saud.

► KEEMPAT :

KALAU MELIHAT IDENTITI kaum Syiah yang datang ke Makkah atau Madinah, jawapannya rata-rata tertulis “agama Islam”. 

Negara Iran mendakwa negara mereka sebagai :
a) Jumhuriyyah Al Islamiyyah (Republik Islam). 
b) Revolusi mereka disebut Revolusi Islam (Al Tsaurah Al Islamiyyah). 

Data seperti ini tentu SANGAT MENYULITKAN untuk MEMASTIKAN jenis mazhab mereka. Maka mereka semuanya disebut “Islam” atau “Muslim”.

► KELIMA :

Kebanyakan kaum Syiah yang datang ke Makkah atau Madinah, mereka adalah ORANG AWAM.  Ertinya, praktik Syiah mereka umumnya hanya ikut-ikutan, kerana tradisi, atau kerana desakan persekitaran (mereka tinggal di Iran). Orang seperti ini berbeza dengan tokoh-tokoh Syiah ekstrem yang memang sudah dianggap murtad dari jalan Islam. 

Tanda-tanda kalau mereka orang awam ialah :
Kemahuan mereka untuk datang ke Tanah Suci Makkah dan Madinah itu sendiri. 

Sedangkan sekiranya mereka itu adalah Syiah ekstrim : 
Mereka tidak akan mahu datang ke Tanah Suci Ahlus Sunnah. Bukankah mereka sudah pun mempunyai “tanah suci” sendiri iaitu : Karbala’, Najaf, dan Qom. 

Maka dengan itu kaedah melayan 'perangai' kaum Syiah awam perlulah berbeza dengan 'layanan' kepada Syiah yang ekstrim.

► KEENAM :

Diharapkan kedatangan orang-orang Syiah ke Tanah Suci Makkah dan Madinah dapat membuka mata mereka mengenai ahli sunnah selain mengambil banyak pelajaran dari kehidupan kaum Muslimin di Makkah dan Madinah. BILA mereka tertarik, terkesan, atau bahkan terpikat, diharapkan mereka akan bertaubat dari agamanya, DAN KEMBALI ke jalan lurus, agama Islam yang tulen berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

► KETUJUH :

Dengan hadirnya ribuan kaum Syiah di Tanah Suci Makkah dan Madinah memberikan BUKTI BESAR betapa ajaran Islam (Ahlus Sunnah) SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA. Meskipun para ulama dan kaum penyesat Syiah sudah bekerja keras sejak ribuan tahun lalu dengan mereka-reka agama baru yang berbeza dengan ajaran Islam Ahlus Sunnah : tetap saja fitrah mereka tidak boleh dinafikan bahawa hati-hati mereka terikat dengan Tanah Suci kaum Muslimin (Makkah dan Madinah), bukan Karbala, Najaf, dan Qom.

► KELAPAN :

Kaum Syiah di negeri mereka (Iran / Iraq) sangat biasa memuja kubur, menyembah kubur, tawaf mengelilingi kubur, meminta tolong dari ahli kubur, berkorban untuk penghuni kubur, dan lain-lain lagi. Kalau mereka datang ke Makkah dan Madinah, maka praktik “ibadah kuburan” itu tidak ada disana (di Makkah dan Madinah). Harapannya agar mereka boleh belajar untuk meninggalkan ibadah kubur jika mereka sudah kembali ke negaranya. Insya Allah.
► KESEMBILAN, 

Pertanyaan di atas sebenarnya LEBIH LAYAK DIAJUKAN KE KAUM SYI'AH SENDIRI, bukan ke Ahlus Sunnah. 

Amat pelik jika Syiah bertanya, “Mengapa orang Syiah masih boleh ke Makkah dan Madinah?” sedangkan soalan yang sepatutnya ialah “Kalau Anda benar-benar Syiah, mengapa masih datang ke Makkah dan Madinah?". Bukankah kamu (Syiah) sudah mempunyai 'Kota Suci' sendiri?

Itulah sebahagian jawapan yang boleh diberikan. 
Semoga bermanfaat. 

Walhamdulillahi Rabbil ‘alamiin.

Post a Comment

0 Comments