KAMUNTING & TAIPING PUSAT GERAKAN SYIAH SELEPAS BAGAN SERAI.

Oleh : Taiping Mali

Ancaman tentera serpihan Sulu tidaklah sebahaya ancaman Syiah yang sedang berusaha untuk menawan negara.

Kenyataan Ustaz Fathul Bari mengenai bahaya Syiah adalah betul, Pas hari ini sinonim dengan Syiah, mereka semakin berani dan semakin kurang ajar. Sikap kurang ajar telah ditunjukkan oleh ahli-ahli Syiah apabila Majlis Agama Islam seperti JAIS di Selangor yang membuat pemeriksaan terhadap premis mereka, pengikut Syiah lelaki dan perempuan berani berdepan dan memaki hamun pegawai penguat kuasa, malah ada satu ketika penyikut Syiah membawa pedang ala samurai apabila pihak jabatan agama datang untuk berunding dengan mereka.

Hasil pemerhatian Taipingmali dan the krew, kawasan Kamunting  kini merupakan pusat pembiakan ajaran Syiah selepas Bagan Serai yang telah diisytiharkan sebagai lubuk Syiah terbesar di Malaysia.

Kini semakin hampir dengan PRU 13, Syiah Taiping mula menggerakkan jentera pilihanraya mereka untuk memastikan kemenangan besar buat YDP Pas Taiping iaitu Ustaz Fakarudin.

Calon Pas ini ditanggung dan ditaja sepenuhnya oleh Nga Kor Ming dengan memberi sumbangan RM10,000 daripada elaun wakil rakyat bulan Februari 2013.

Ahli Pas veteren Taiping sudah mula menyedari  isu ini dan mula berceramah dalam kuliah-kuliah agama mengenai bahaya Syiah yang semakin menular, bagaimanapun mereka tidak berani menuduh Syiah telah menguasai Pas Taiping.

Setakat hari ini belum ada ahli Syiah yang bangun mencabar atau melawan veteran Pas seperti mana yang berlaku di sesetengah masjid, kebanyakan mereka membisu dan buat bodoh apabila guru berceramah mengenai bahaya Syiah.

Gerakan Syiah Taiping juga mempunyai kaitan dengan usaha mereka mengadakan memperingati kematian Mat Indera pada 30 Januari lalu.

Kita semua maklum bahawa Mat Sabu adalah Presiden Syiah Malaysia dan sebagai bukti beliau telah pun berjumpa dengan Bashar al Assad Presiden Syria selepas kunjungan beliau ke Iran. Mat Sabu penggerak utama mengangkat semula semangat perjuangan komunis bintang 3 melalui kematian Mat Indera.

Hari ini setelah pembohongan kubur Mat Indera didedahkan, Mat Sabu terus membisu seperti mana beliau membisu dalam soal Tabung Memali yang dibangkitkan semula oleh Cikgu Non ( Pengikut setia Ibrahim Libya).

Jabatan Agama Islam Perak pernah mengadakan dialog dengan kumpulan Syiah dari Bagan Serai dan Taiping pada November 2011 tetapi setakat dialog sahaja tanpa sebarang tindakan tegas.

Apakah kerana ramai orang di Jabatan Agama Islam Perak adalah penyokong kuat Pas maka mereka mengambil jalan tengah iaitu mendiamkan diri terhadap bahaya Syiah.

Apakah Majlis Agama Islam Perak mahukan sokongan Syiah untuk memenangkan calon-calon Pas dalam PRU 13?

Harapan Taipingmali Krew kini hanya satu, mohon campur tangan Istana Negara untuk menyiasat dan bertindak terhadap menularan wabak penyakit bawaan Syiah ini.

Jakim dan Majlis Islam Perak dianggap gagal bertindak terhadap Syiah.

Pejabat Agama Islam mahukan Syiah dan Sunni bersatu juga tidak tepat. Syiah perlu dihapuskan dan akidah mereka perlu diperbetulkan.

Kita tahu kerajaan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Iran dan warga Iran di Malaysia berjumlah lebih kurang 6,000 orang dan mereka dibolehkan mengamalkan ajaran mereka tetapi kenapa rakyat Malaysia perlu mengikut ajaran mereka?

Post a Comment

0 Comments