KENALI PENULIS ATAU ULAMA YANG MENGARANG KITAB TERLEBIH DAHULU - USTAZ DR. FATHUL BARI

Transkrip oleh : M.A

Kita harus mengenali dahulu penulis bagi sesebuah kitab/ ulama’ lebih daripada hasil tulisan dia. Jangan jadi seperti sekarang iaitu kebanyakan manusia membaca 'content' (kandungan) sesebuah buku (kitab) itu tanpa mengenali terlebih dahulu siapa/biodata penulisnya. Dengan itu barulah akan ada disiplin dalam pemilihan maklumat. Kita tidak tahu mungkin dalam kitab/ buku yang kita baca itu dari segi luarannya dilihat seperti sangat ilmiah, walhal penulis asalnya adalah seorang ahli Bid'ah atau Syiah atau selainnya bagi meracuni pemikiran pembaca yang terdiri dari orang awam yang serba serbi tiada pengetahuan asas dalam disiplin pengambilan sumber agama bagi memberikan syubhat (keraguan) kepada mereka. Oleh itu, barulah kita dapat mengenali seterusnya merujuk ulama' yang kita tahu keterikatan mereka dengan wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang kelak dapat menyelamatkan kita dari sebarang keraguan yang dapat menyelewengkan pemahaman kita daripada memahami intipati wahyu.

[Ustaz Dr. Fathul Bari, MEDIU, 28 Jun 2013] -Perkataan diatas adalah maksud yang di para-frasakan daripada perkataan sebenar-. Parafrasa= Mengubah stuktur ayat tanpa mengubah maksud asal.

Post a Comment

0 Comments