ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 19 June 2013

KENYATAAN AKHBAR YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI ISU JEREBU

KENYATAAN AKHBAR 
YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGURANGKAN IMPAK JEREBU KEPADA KESIHATAN MASYARAKAT 

1. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memantau keadaan jerebu dan jika keadaan jerebu bertambah buruk iaitu Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 200, bilik gerakan akan dibuka.

2. Kementerian Kesihatan Malaysia juga memantau keadaan penyakit berkaitan dengan jerebu seperti upper respiratory tract infection (URTI), asma dan conjunctivitis di 52 buah klinik-klinik “sentinel” Kementerian Kesihatan Malaysia secara bulanan. 

3. Dalam keadaan berjerebu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan memantau secara harian dan pemantauan harian telah dimulakan pada hari Isnin 17 Jun 2013 yang lalu. Negeri-negeri yang dipantau adalah Pahang, Johor dan Melaka. Bagi tempoh 2 hari yang lalu, tidak terdapat peningkatan yang ketara dalam kedatangan pesakit bagi penyakit berkait jerebu. 

4. Sebagai persediaan awal, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan kepada kakitangan kesihatan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya peningkatan kes penyakit berkaitan jerebu. 

5. Aktiviti pendidikan kesihatan kepada golongan berisiko tinggi di peringkat klinik-klinik kesihatan akan dipergiatkan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu sekiranya ia terjadi dan berpanjangan.

6. Ubat-ubatan yang mencukupi akan dipastikan supaya semua pesakit mendapat rawatan yang sempurna.

7. Kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar di semua peringkat bagi mendapatkan Index Kualiti Udara yang terkini akan dijalinkan terutama daerah yang mempunyai stesen pemantauan JAS.

8. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghasilkan sebuah buku Pelan Tindakan Pengurusan Jerebu - Garispanduan Kesan Kesihatan Akibat Jerebu yang komprehensif dalam mengendalikan masalah atau situasi berkaitan jerebu di semua peringkat.

9. Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuk:

- mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, 
- sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor) dan 
- jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai. 

10. Selain dari itu, sila pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar. 

11. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik, mereka hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu boleh diperolehi dari laman web KKM: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php .


DATUK SERI DR S. SUBRAMANIAM
Menteri Kesihatan Malaysia
Tarikh: 19hb Jun 2013



2 comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute