MAHA SUCI ALLAH!!! TERENGGANU DAPAT SUMBER PENDAPATAN BARU DARI PERUT BUMI

Oleh : Bernama

KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Terengganu dijangka memperoleh hasil pendapatan baharu berikutan penemuan Mineral Andalusit, sejenis bahan mineral dalam bentuk kristal baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Terengganu Zukeri Abdul Ghani berkata Mineral Andalusit ialah sejenis bahan yang tahan panas pada suhu yang tinggi dan lazimnya diguna dalam industri besi.

"Nama Andalusit mengambil sempena nama Andalusia di Sepanyol iaitu tempat pertama ia ditemui. Bahan itu merupakan komponen kimia alumina silikat yang sesuai untuk kegunaan industri refraktori termaju.Jika kajian mendapati ia berpotensi untuk diusahakan, maka Terengganu mempunyai sumber mineral baharu untuk dikomersialkan," katanya.

Komen Pena Minang : Alhamdulillah. Maha suci ALLAH yang mengeluarkan segala hasil di perut bumi miliknya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendakki. Maka benarlah kata-kata ALLAH ;

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

Surah Ibrahim 14: 7

Maklumat lanjut sila layari :

http://en.wikipedia.org/wiki/Andalusite
http://webmineral.com/data/Andalusite.shtml
http://www.mindat.org/min-217.html
http://www.science.smith.edu/geosciences/petrology/Petrography/Andalusite/
http://www.galleries.com/Andalusite

Post a Comment

0 Comments