MAJLIS RAJA-RAJA : PENAUNG DAN LAMBANG KEDAULATAN INSTITUSI DIRAJA

Oleh : Mohd Saufi bin Samsudin (saufi@arkib.gov.my)

MENGIMBAS kembali zaman darurat, terbayang difikiran kisah duka dan penderitaan yang  terpaksa dilalui oleh penduduk Tanah Melayu ketika Parti Komunis Malaya (PKM) bermaharajalela melancarkan serangan untuk menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan.  Kegagalan untuk bergiat sebagai parti politik, menyebabkan PKM menukar strategi kepada perjuangan bersenjata hingga menyebabkan rakyat hidup dalam kebimbangan dan ketakutan.  Pembunuhan, penyeksaan dan sabotaj dilakukan oleh PKM bertujuan menghancurkan ekonomi dan melumpuhkan sistem perhubungan di Tanah Melayu.

Kemuncak kepada keganasan itu ialah pembunuhan tiga orang ketua Kuomintang di Johor pada 12 Jun 1948, dan pembunuhan tiga orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah termasuk seorang pembantu ladang di Sungai Siput, Perak, pada 16 Jun 1948. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Darurat diisytiharkan di Perak dan Johor pada 17 Jun 1948.  Pada 12 Julai 1948, Sir Alexander Theodore Newboult, Pegawai Tadbir Kerajaan, mengisytiharkan perluasan Undang-Undang Darurat ke seluruh Tanah Melayu. Pengisytiharan ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan bertarikh 13 Julai 1948. PKM diharamkan secara rasmi pada 23 Julai 1948.  Perluasan undang-undang ini memberikan kuasa yang lebih kepada pihak polis dan tentera untuk menangkap dan menahan orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversif.

Dalam usaha membendung dan melemahkan kegiatan komunis, kerajaan memperkenalkan beberapa rancangan di bawah Undang-undang Darurat. Antara rancangan tersebut termasuklah penggunaan kad pengenalan oleh semua penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas. Rancangan ini berjaya mengesan dan mengehadkan pergerakan pengganas komunis. Pada 1950, Jeneral Sir Horold Briggs memperkenal Rancangan Briggs. Rancangan  penempatan semula setinggan di kampung-kampung baharu bertujuan memastikan penduduk dapat diasingkan daripada pengaruh dan ancaman komunis.  Taktik ini berjaya menyekat bekalan makanan dan memutuskan perhubungan, maklumat, ubat-ubatan dan keanggotaan baru kepada PKM. Penempatan semula setinggan ini melibatkan seramai 572 917 orang yang telah dipindahkan ke 480 buah kampung baharu (Jun 1950 hingga Disember 1952).

Bagi mengekang pemberontakan komunis dan meningkatkan tahap keselamatan negara, pasukan keselamatan diperkukuh dengan pembesaran pasukan polis dan tentera.  Antara pasukan yang ditubuhkan semasa berlakunya darurat ialah Pasukan Mata-Mata Khas-SC (Special Constable), Polis Bantuan (Auxiliary Police), Polis Cawangan Khas (Special Branch) dan Pengawal Kampung (Home Guard). Tentera dari negara Britain, Australia, New Zealand, Fiji dan  Afrika Timur turut dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk membantu memerangi keganasan komunis.

Kemuncak usaha kerajaan untuk mengatasi pemberontakan bersenjata komunis ini adalah mengadakan rundingan damai dengan pihak komunis. Rundingan ini diadakan dalam empat sesi di Sekolah Kerajaan (kini Sekolah Kebangsaan Tunku Putra), Baling, Kedah pada 28 hingga 29 Disember 1955. Rundingan ini bertujuan untuk menamatkan darurat. Rundingan ini juga merupakan lanjutan daripada tawaran pengampunan berama-ramai yang diberikan oleh kerajaan kepada angota PKM pada 9 September 1951.  Dalam rundingan tersebut, pihak kerajaan diwakili oleh Ketua  Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra; Ketua Menteri Singapura,  Encik  David  Marshall  serta   Dato'  Sir  Tan  Cheng  Lock. PKM pula diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Chin Peng, dan dua lagi ahli, iaitu Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin. Namun begitu, rundingan ini berakhir tanpa sebarang persetujuan daripada pihak komunis kerana mereka berniat untuk mendapatkan kebebasan politik bagi mencapai cita-cita mereka.

Walaupun darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaeidin Sulaiman Shah, namun saki-baki anggota PKM masih belum dapat dihapuskan sepenuhnya. Saki-baki anggota komunis ini berundur ke sempadan Malaysia – Thailand. Mereka mengumpul kekuatan untuk melancarkan semula pemberontakan bersenjata dengan matlamat  yang sama, iaitu menumbangkan kerajaan dan menubuhkan  Republik Komunis di Tanah Melayu.  Pemberontakan bersenjata yang dilancarkan semula  ini telah mencetuskan darurat kedua di Malaysia pada tahun 1968 hingga 1978. Keterangan dasar yang dikeluarkan oleh PKM pada bulan Jun 1968, menjelaskan sikap PKM, yang mahu melakukan perjuangan secara keganasan bersenjata. Strategi yang digunakan oleh PKM antara lain melibatkan penyusupan semula unit penggempur ke Semanjung Malaysia bagi menguasai semula kawasan tradisi mereka dan seterusnya melakukan pemberontakan.

Pemberontakan bersenjata PKM ini di mulai dengan menyerang beberapa sasaran pasukan keselamatan. Serangan ini bertujuan untuk memperlihatkan kesungguhan PKM dalam memulakan semula pemberontakan bersenjatanya.  Antara serangan yang telah dilakukan oleh pengganas komunis ini termasuklah serangan hendap terhadap satu konvoi pasukan keselamatan pada 17 Jun 1968.  Dalam serangan tersebut, konvoi Batalion Pertama, Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta, Perak telah diserang hendap oleh penggans komunis berhampiran kawasan sempadan Kroh (Perak) dan Betong (Thailand). Dalam kejadian tersebut, tiga buah kenderaan polis mengalami kerosakan teruk, 16 orang anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh dan 17 orang anggota lagi mengalami kecederaan.

PKM juga bukan sahaja memperhebatkan gerakan ketenteraanya di hutan belantara, malahan memasuki bandar dan melakukan pelbagai sabotaj dan kemusnahan. Antara yang menjadi sasaran utama pengganas komunis termasuklah kerja pembinaan Lebuh Raya Timur – Barat sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan Gerik, Perak dan Pasir Puteh, Kelantan. Kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit apabila banyak jentera dan kelengkapan pembinaan diletupkan serta dimusnahkan.

Pada 26 Ogos 1975, ibu kota Kuala Lumpur dikejutkan dengan serangan pengeboman Tugu Negara diikuti serangan ke atas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Dalam serangan tersebut seramai dua anggota PPH terbunuh serta mencederakan 41 anggota yang lain.

Pengganas komunis juga bertindak lebih agresif dan ganas dengan melakukan siri pembunuhan ke atas anggota pasukan keselamatan. Antara keganasan yang dilakukan termasuklah membunuh pegawai dan anggota Cawangan Khas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim pada 6 Jun 1974 dan Ketua Polis Kontinjen Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pada 13 November 1975 di Ipoh, Perak.

Perang gerila yang dicetus oleh PKM pada tahun 1968  berlarutan selama 21 tahun.  Namun,  titik noktah bagi pemberontakan ini dicapai pada tahun 1989 apabila PKM menyambut seruan damai yang diusahakan  oleh pihak kerajaan Thailand dengan kerjasama pihak Kerajaan Malaysia.  Lanjutan daripada rundingan yang dijalankan selama hampir setahun, pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai telah dimeterai antara PKM dengan Pihak Kerajaan Malaysia; dan PKM dengan kerajaan Thailand. Berdasarkan kepada perjanjian ini, PKM bersetuju menamatkan pemberontakan dan memusnahkan senjata serta membubarkan pasukan senjatanya. Selain itu, PKM juga memberikan jaminan kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand untuk menghormati undang-undang kedua-dua negara.

Dalam upacara menandatangani Perjanjian Damai yang diadakan di Hotel Lee Gardens, Haadyai, Thailand ini, PKM diwakili oleh Pengerusinya, Abdullah C.D, Chin Peng dan anggota majlis pusat, Abdul Rashid Maidin. Kerajaan Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Haniff Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Mohd. Ali.  Kerajaan Thailand pula diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi Dalam Negeri, Jeneral Tan Sri Vhabalit Yongchaiyudh; Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah Empat, Lefternan Jeneral Yoodhana Yampundhu; Ketua Pengarah Jabatan Polis Diraja Thailand, Jeneral Polis Saweang Therasawat dan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri, Encik Anek Sithip Rasasana. Perjanjian damai dan pembubaran Pasukan Komunis Malaya (PKM) ini merupakan lambang kejayaan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menangani perjuangan bersenjata PKM.

Sesungguhnya kejayaan ini menyumbang kepada kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara. Oleh sebab itu, nikmat kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang dikecap kini wajarlah disyukuri. Namun begitu, usahlah kita alpa dan leka serta beranggapan ancaman tidak lagi wujud pada masa sekarang dan akan datang. "Kegagalan memandang ke hadapan memungkinkan kita terperangkap ke dalam situasi yang sukar".  Begitulah catatan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein, pada 23 Julai 1999 (dipetik dari buku Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989).

Durbar pertama berlangsung selama empat hari dan dihadiri oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah dari Perak, Sultan Ahmad dari Pahang, Sultan Abdul Samad dari Selangor dan Yamtuan Besar Muhammad dari Negeri Sembilan. Manakala pihak British pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Frank Swettenham (Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger (Residen British di Selangor) dan W.H. Treacher (Residen British di Perak). Negeri Sembilan tidak mempunyai wakil dari pihak British kerana Residen ketika itu, Martin Lister meninggal dunia pada bulan Februari 1897. Walaupun perkara-perkara yang dibincangkan dalam Durbar yang pertama itu hanya melibatkan agama Islam, adat istiadat dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, namun ianya merupakan titik tolak dan asas bermulanya persidangan Majlis Raja-Raja. Untuk makluman, gambar sultan-sultan, pembesar-pembesar negeri dan pegawai-pegawai British yang menghadiri Durbar pertama serta minit mesyuarat Durbar pertama disimpan sebagai khazanah eksklusif negara dan terbuka untuk rujukan semua di Arkib Negara Malaysia.

Durbar kedua diadakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur dan satu perkara penting yang timbul dalam Durbar kedua ini ialah keberanian Sultan Idris menyuarakan dan menggesa pihak British agar lebih ramai orang Melayu dilantik untuk berkhidmat dengan kerajaan dan mereka ini dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Betapa jauh pandangan Sultan Idris yang meminta supaya pentadbiran Tanah Melayu ketika itu, turut dikongsi oleh anak bangsanya sendiri, menjelaskan pelaksanaan amanah oleh Majlis Raja-Raja bagi pihak orang-orang Melayu ketika itu.

Wajar diingati, kesan dari Durbar juga memperlihatkan peranan Raja-Raja sebagai pelindung dan penjaga hak dan kedaulatan orang Melayu ketika itu. Dari Durbar jugalah idea, cadangan dan suara-suara bangsa bagi mempertingkatkan taraf hidup dan status ekonomi bangsa Melayu diutarakan. Idea asal penubuhan Askar Melayu Diraja dan Kolej Melayu Kuala Kangsar juga bermula dari sini. Selain itu, penekanan soal agama Islam dan bahasa Melayu turut diperjuangkan oleh Raja-Raja Melayu di ruang yang ada dalam Durbar ini.

Masa berlalu, tanggungjawab dan kehendak perlu selaras dengan peredaran zaman. Maka, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu yang pertama diadakan pada 31 Ogos hingga 1 September 1948. Mesyuarat ini buat kali pertama dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu. Ketika rakyat Tanah Melayu menentang penubuhan Malayan Union, Raja-Raja Melayu turut bangkit bersama bagi memastikan idea penjajah ini tidak menjadi kenyataan. Selepas perit getir dalam perjuangan menuntut kemerdekaan ditempuhi, tanggal 5 Ogos 1957, termeterailah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957 yang dibuat antara Kerajaan British yang diwakili oleh Sir Donald Charles MacGillivray bagi pihak Baginda Queen Elizabeth II dengan raja-raja Melayu, Undang-undang dan Orang-orang Besar Negeri Sembilan. Dengan termaktubnya perjanjian ini, maka pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan. Namun, bukan sekadar perjanjian yang terpahat dalam lipatan sejarah pada tarikh keramat itu, satu perkara yang perlu diingati semua rakyat Malaysia ialah bersama perjanjian tersebut, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu turut diperkenan oleh kesemua Raja-Raja Melayu untuk dijadikan asas urus tadbir negara.



Dalam mendepani tahun-tahun mendatang yang penuh cabaran, Majlis Raja-Raja yang dianggotai oleh sembilan raja-raja Melayu (Kedah, Pahang, Kelantan, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu) dan Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri (Sarawak, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka), fungsi dan tanggungjawabnya tetap dilaksanakan demi amanah yang diberikan sepertimana harapan rakyat Malaysia. Secara umum, fungsi Majlis Raja-raja antara lain, memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan; mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan; mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja; melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

Satu perkara menarik yang perlu diketahui umum, hanya Majlis Raja-Raja di Malaysia inilah satu-satunya yang wujud di dunia pada masa kini, di mana pemuafakatan di antara Raja-Raja Melayu serta pihak kerajaan yang dipilih melalui prinsip demokrasi berparlimen dapat bermuafakat demi memastikan negara kita Malaysia sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan makmur. Majlis Raja-Raja juga merupakan kaedah semak dan imbang kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selain memberi nasihat dan pandangan dari semasa ke semasa dan ini membuktikan jalinan muhibah antara semua Raja-Raja Melayu erat ibarat satu keluarga.

Sesungguhnya, kita tidak akan sedar betapa berharga tradisi Majlis Raja-Raja yang kita warisi ini hinggalah kita kehilangannya. Sukar dibayangkan jika di saat tradisi yang perlu dipertahankan ini, hilang, maka ketika itu sudah terlewat untuk kita melakukan sesuatu. Majlis Raja-Raja yang telah sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang-orang Melayu, malah tidak mengenepikan hak kaum lain, wajar disanjung dan dipertahankan bersama. Janganlah antara kita berbalah dengan mempertikaikan fungsi dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja ini, sebaliknya kita renung kembali semua jasa dan amanah yang telah dilaksanakan selama ini dimana hasilnya, hendaklah kita syukuri. Kini, tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia ialah memberikan kesetiaan kepada raja dan negara sepertimana ikrar kita semua dalam prinsip Rukun Negara yang kedua.


Seksyen Penyelidikan Khas Negara
Arkib Negara Malaysia


Post a Comment

0 Comments