PELUANG PENDIDIKAN PERCUMA DI UiTM!!!

Oleh : Institut Pendidikan Neo, Universiti Teknologi MARA

PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA DIPERKENALKAN OLEH UiTM UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YG BERPENDAPATAN RENDAH BAWAH RM3000 DAN TERBUKA KEPADA PELAJAR LEPASAN SPM TAHUN SEMASA (2012) DAN 5 TAHUN KE BELAKANG CONTOH 2011,2010,2009,2008 & 2007.

MAKLUMAT PENTING

Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah PERCUMA

• Penubuhan program MDAB ini adalah bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera di bandar dan luar Bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM3000 sebulan.

• Borang permohonan program MDAB ini sah untuk satu (1) kali permohonan sahaja. Calon yang ditawarkan perlu mengambil peluang pengajian ini sebaik-baiknya jika ditawarkan tempat.

• Pelajar yang lulus dalam Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) layak ditawarkan program diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM

• Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

DOKUMEN LAMPIRAN YANG PERLU DISAHKAN DAN DIKEPILKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN MDAB

- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan SPM/SPM ulangan
- Salinan sijil kelahiran pemohon
- Salinan kad pengenalan ibu & bapa
- Salinan sijil kelahiran ibu & bapa 
- Salinan pendapatan ibu & bapa / surat pengesahan pendapatan

SYARAT KELAYAKAN AM & SYARAT KHAS PROGRAM

PD002 (PRA PERDAGANGAN) : 1 Semester/ 6 – 12 Bulan

Syarat Am Universiti:
Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/ kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Syarat Khas Program
• Lulus Matematik/Matematik Tambahan
• Lulus Bahasa Inggeris

PD007 (PRA SAINS) : 1 Semester/ 6 – 12 Bulan

Syarat Am Universiti:
Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/ kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Syarat Khas Program
• Kepujian Matematik/Matematik Tambahan

DAN: Lulus Bahasa Inggeris
SERTA: Lulus satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut
• Fizik
• Kimia
• Biologi
• Sains Tambahan

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

• Pengecualian yuran pengajian
• Kemudahan arama
• Elaun bulanan/ wang sara diri


Layari laman web berikut untuk pendaftaran dan maklumat lanjut :



Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum semua,

    Iklankan produk dan perniagaan anda atau barangan terpakai yang ingin anda jual di laman web www.produkmuslim.info

    Ekonomi teguh ummah kuat sokongan anda amat dihargai

    Terima kasih

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.