ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 5 June 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 : CABAR ATAU TIDAK BIAR AHLI UMNO TENTUKAN

Oleh : A Kadir Jasin*

AKHBAR arus perdana The Star milik parti MCA hari ini melaporkan yang Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan telah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak ditandingi.

Alasannya adalah Umno memerlukan perpaduan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Pastinya semua ahli dan penyokong Umno setuju dengan keperluan Umno membuat persediaan seawal mungkin bagi menghadapi PRU ke-14, tetapi apakah mereka juga bersetuju dua jawatan teratas itu tidak dicabar?

Juga menjadi tanda tanya adakah Umno Negeri Sembilan membuat keputusan itu secara bersendirian atau setelah berunding dan mendapat maklum balas akar umbi?

Pada pandangan saya yang tidak sepertinya, para pembesar Umno wajiblah lebih peka dan menghormati suara akar umbi setelah akar umbi menyelamatkan mereka daripada kekalahan pada PRU 5 Mei lalu.

Ini membuatkan saya berfikir apakah para pembesar Umno benar-benar faham dan peduli kepada denyut jantung orang Melayu biasa yang menyokong parti itu?

Umno dan Melayu Bukan Inti Pati PRU13

Kalau diperhatikan secara terperinci, denyut jantung orang Melayu dan lambang Umno bukanlah inti pati PRU lalu.

Yang menjadi inti patinya adalah 1Malaysia, batang tubuh Mohd Najib Abdul Razak dan “pemujaan” kepada masyarakat Cina dan India.

Malah rata-rata pemerhati dan pengulas politik berpendapat Mohd Najib mengadakan pilihan raya presiden ala Amerika di mana diri beliau ditonjolkan sebagai pilihan seperti terserlah dengan cogan kata “Sokong Saya Undi BN” dan menonjolkan program-program beliau seperti Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Kerajaan yang digula-gulakan oleh segala bentuk pemberian di bawah lambang 1Malaysia.

 BN Teruk Tiba-Tiba Umnolah Permata

Tetapi setelah pencapaian BN ternyata hambar akibat apa yang Mohd Najib labelkan sebagai tsunami Cina dan BN diselamatkan oleh Umno, seni kata dan irama tiba-tiba berubah.

Umno dinobatkan sebagai berjaya dan lebih kuat kerana memenangi 88 kerusi Dewan Rakyat berbanding 79 pada PRU 2008.

Soalnya, apakah pencapaian Umno yang lebih cemerlang itu adalah kerana para pembesar Umno mengutamakan Umno dan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri takut kuasa mereka akan bertambah lemah kalau parti-parti Cina dalam BN menang besar?

Bagi ahli dan penyokong Umno yang memperoleh maklumat daripada media arus perdana, mereka tentulah mendapat gambaran yang BN, khasnya Mohd Najib, melakukan apa saja, termasuk memperluaskan pendidikan Cina dan Tamil, untuk mendapatkan undi Cina dan India.

Mereka tentu membaca, melihat dan mendengar bagaimana Perdana Menteri tidak putus-putus menguar-uarkan penaikan taraf pendidikan Cina dan Tamil, memberi peruntukan tambahan kepada sekolah Cina dan Tamil dan berjumpa berbagai-bagai badan radikal Cina dan India seperti Dong Zong dan elemen Hindraf.

Apa yang dilihat sebagai tolak ansur yang keterlaluan dengan orang bukan Melayu itu mungkin sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan orang Melayu bahawa kuasa mereka akan lebih tercabar sekiranya MCA, Gerakan dan MIC menang besar.

Tetapi yang paling menakutkan majoriti orang Melayu adalah kemungkinan kemenangan Pakatan Rakyat dan kemunculan DAP sebagai pemain dominan politik nasional.

Jadi, apakah Umno menang lebih besar pada PRU lalu kerana Presiden Umno mengutamakan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri berasa kepentingan mereka tidak lagi diutamakan oleh para pembesar parti maka mereka bertindak memperkuatkan Umno dan orang Melayu dari bawah?

Tetapi harus juga diakui bahawa selain penyokong tradisional, Umno juga mendapat sokongan pengundi atas pagar serta penyokong PAS dan PKR. Banyak penyokong PAS memangkah calon-calon Umno kerana membantah kerjasama parti mereka dengan DAP dan PKR.

Kalau inilah keadaannya maka suara akar umbi adalah sangat penting dalam penentuan kepemimpinan Umno bermula dengan pemilihan pucuk pimpinan tahun ini.

Sangat tepatlah kalau ahli biasa Umno di cawangan-cawangan diberikan muka dan suara untuk menyatakan sama ada mereka mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atau mana-mana juga jawatan dipertandingkan atau tidak.

Wajar sangatlah mereka diberikan hak menentukan sama ada mereka mahu Mohd Najib dicabar atau tidak kerana Umno tidak akan memperoleh 88 kerusi keramat itu kalau ahli dan penyokong Umno tidak membulatkan tekad memangkah BN pada 5 Mei lalu.

Mereka juga perlu diberikan ruang dan peluang menyelami hati sanubari mereka sendiri sama ada mereka mahu Mohd Najib yang lebih rendah pencapaiannya kekal sebagai Presiden (dan seterusnya sebagai Perdana Menteri) setelah mereka menunjukkan pintu keluar kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang menang lebih besar pada 2008.

Lagipun, Mohd Najib sendiri berkata selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 31 Mei lalu yang Umno mengamalkan demokrasi dan pemimpin bebas dicabar. Tindakan memperluaskan asas pengundian bagi memilih pucuk pimpinan bermula pemilihan kali ini wajiblah dikotakan dan disahihkan melalui tindakan.

Wallahualam.

*Penulis merupakan bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times.


3 comments:

  1. harap muyidin ganti najib...sekurang2nya mujidin berani cakap dia malay first, malaysian second. najib apa yg berani?

    ReplyDelete
  2. 1000 peratus SETUJU dengan Detik Suria. Nampak Najib lebihkan BABI di hutan daripada Melayu di rumah sendiri, Najih patut undur kerana Najib penyebab BABI BABI naik tonjang.

    ReplyDelete
  3. Najib wajar dicabar, politik umno ikut telunjuk sudah berakhir. Pemimpin umjo yang lemah gagal membawa kehendak hati nurani bangsa Melayu. Jangan biarkan nasi sudah menjadi bubur baru mahu bertindak.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute